Firman Allah yang bermaksud “Serulah manusia kepada jalan
TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara
yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang
tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat
petunjuk”.- [al-Nahl :125]
Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga
cara berdakwah yang boleh dilakukan.
Pertama,berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan
tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan
boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.
Kedua,serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi
pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang
menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka
dari ingkar terhadap Allah.
Ketiga,berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog
dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat
dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan
mencari kemenangan.
Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan
dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka
kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.
Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga
golongan.
Pertama,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus
mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana.
Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu
mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.
Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka
perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.
sekitar misi dakwah & perubatan pulau selakan semporna sabah. muslim care malaysia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan