Allah menciptakan doa agar manusia mengharap kebaikan hari-hari
mendatang..setiap kita tidak tahu nasib bagaimana, persoalan jodoh, rezeki, ajal
semua atas ketentuan Tuhan.. menerusuri hidup dengan hanya berpegang pada
keyakinan dan janji Allah siapa yang berusaha pasti mendapat. Aku mengorak
langkah demi suatu usaha, meninggalkan bumi kelahiran mencari erti hidup di
negeri asing...janji Allah itu pasti.
Tidak pernah terlintas di pikiran akan menjejak Bumi Anbiya'
Bumi Syria, ku fikir itu hanya angan angan kosong yang tidak mungkin, apakah
aku selayaknya... tp mana mungkin kita menidakankkan takdir Allah.
Ketika mula
berkhidmat sebagai staff Muslim Care, aku pernah bertanya pada seorang yang ku
anggap seorang yang bersungguh dalam kerja dakwah, Hj Razak. Bagaimana bulih untuk
sampai ke Syria atau Palestin, apakah kretiria yang perlu untuk melayaakkanya ke
sana..dia membalasnya hanya 'doa'.. saya senyap, benar tiada apa yang mengizinkan melainkan dengan kehendak Allah..
Kerja bersama NGO Kemanusiaan sememangnya melaksanakan
kebajikan. Gembira bekerja sambil beramal, melihat kesusahan orang sentisa
refresh rasa syukur pada ALLAH...alhamdulillahh! Bila kerja kena dengan
jiwa semestinya jadi siuk kan..
Bermusafir. seperti selalu, memilih kerusi di tepi tingkap adalah kesukaanku, saat kenderaan mula memacu membelah liku-liku jalan maka bermulalah pelayaran mindaku melihat
alam seluas pandangan.. berbicara bersama alam seperti saja dia memahami hati,
terkadang sedih adakala duka, melihat dedaunan pokok-pokok kehijauan, gunung-gangang dan awan lelangit membuat hati sentiasa terhibur..indahnya mereka...selalu
saja melihat keceriaan yang membuat hatiku sentiasa tenang..apatahlagi
menyebut nama Tuhan sambil melihat kewujudan alam indah ini. Aku pernah
melalui hari-hari luka, begitu juga hari bahagia, berbicara dengan alam tentang
agungnya Tuhan saangaaat mendamaikan hati menghembus beban yang tertanggung. Setiap kali bermusafir, akan ku
berdoa kepada Tuhan, agar DIA izinkan aku memijak Bumi Anbiya suatu hati nanti, memudahkan urusanku, bertemu jodoh yang soleh, berjaya dunia akhirat...agar juga
supaya setiap tumbuh-tumbuhan dedaun, batu, pepasair turut
mendoakan aku..alam ini makhluk Allah yang sentsa berzikir....sedang kita sering leka dan alpa.
Aku mendengar misi Muslim Care ke Syria, hatiku melonjak
mahu, melihat posisiku mana mungkin boleh, aku yang baru berkhidmat 4 bulan
dibandingkan senior dan para astizah yag lebih selayaknya...senyap dalam berdoa.. namun, pada satu
malam aku mendapat mesej whatsapp bertanyakan kalau sekiranya sy ini mempunyai
pasport antarabangsa, aku berfikir sesuatu lantas membalasnya 'tiada', "bagaimana kalau sekiranya Amina
terpilih utk Misi Kemanusian ke Syria" tanya seorang exco MC aku melonjak girang dalam hati cuba
menahan sebak, Ya Allah engkau mendatangkan rezeki yang tidak mungkin aku fikirkan ke tahap ini...subhanallah, alhamdulillah sujud syukur buat Tuhanku
yang Maha Pemurah. Siang itu aku mula buat searching memandangkan pertama kali menguruskan passport, walaupun ada sedikit maslah
menyebabkan hatiku teruji sedikit, passport agak lambat siap memandangkan aku pertama
kali buat dan bukan di negeri sendiri ada prosidur yang perlu dipenuhi mengambil masa seminggu lebih dibandingkan kebiasaanya proses hanya sejam. Seminggu sebelum perjalanan ke Syria
barulah passport siap, alhamdulillah Allah menguji hati supaya lebih kuat
pergantungan.
Alhamdulillah..tinggal lagi persiapan barang peribadi dan
keperluan sumbangan misi, antara objektif misi kali ini adalah membantu sekolah untuk anak-anak pelarian Syria yang diusahakan oleh Muslim Care
Malaysia di Sempadan Turkey-Syria. Memberikan bantuan makanan, perubatan, pakaian untuk persediaan menghadapi musim sejuk. Membantu operasi kilang roti yg diberikan secara percuma pada rakyat. Menyasarkan kutipan sebanyak RM500K untuk diagihkan kepada rakyat Syria melalui Misi ini. Kami dipahamkan setibanya disana kami akan mengalami fasa pra musim sejuk
5-10 darjah celcius, baju sejuk, pelembap dan serta keperluan sumbangan lain
aku siapkan.
15hb Nov jam 8.30 malam kami berangkat, semua saja ditemani
keluarga sendiri, aku.....walaupun hanya ada keluarga Muslim Care sudah cukup
mengharukan hatiku..kak Adda, kak Uyun, Mas, Zati keluarga terdekatku di
sini..aku menelefon Mak, mendengar kata-kata Mak melalui telefon nasihat dan doanya
dari sana utk perjalanan kali ini...sempat Mak memberi nasihat 'jangan pergi kawasan perang ya nak' ayat
yang buat aku sedikit sentap ketika ini, Bapa pun begitu kerisauan yang amat setiap malam solat hajat akan keselamatnku sepanjang berada di sana.. walaupun aku sudah beri kepercayaan penuh pada Mak dan Bapa untuk pergi. Aku tahu langkah ini langkah tawakkal sedang Syria itu bumi bergolak dengan peperangan, macam-macam boleh berlaku..selepas
menjelaskan segalanya mak melepaskan dengan redha dan doa..alhamdulillah...
Aku rasa kerdil, anggota misi kali ini bersama para
selebriti dan asatizah, muslimat hanya aku dan Ija Heliza sejja, aku menemani
dia kali ini..Fazdli Unic, Ustaz Syed Kadir, Aziz M.Osman, Ustaz Nazmi
Smeckdown, Hj Sham.. niat yang satu, Lillahi Taala..kami bersama-sama meneruskan misi.
KL-Turkey-Syria
Kami menaiki Turkish Airlines, perjalanan mengambil masa
11jam setengah untuk sampai ke Ataturk Airport Turkey.. Perjalanan misi kali ini
mengambil masa 11.30 jam penerbangan untuk sampai ke Istanbul Turki, transit 12
jam sebelum penerbangan ke Hatay, Turki. Kami sempat menziarahi masjid Sultan
Al Fateh, masjid dan maqan Abu Ayub Al Ansari juga Allayarham Ammar di pusat bandar Istanbul..suasana
sejuk, baju tebal pun belum dapat hangatkan kulit orang Asia huhu. Jalan-jalan
dibandar Istanbul Turkey sangat mengembirkan, sesuatu yang tak pernah sy sangka
melainkan hanya angan2 kosong.. Turkey di bawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan
mula menampakkan perubahannya pada perkembangan Islam, hampir semua wanitanya
memakai tudung berbanding 3,4 tahun lepas seperti yang ustaz Syed
beritahu..yang paling best baju orang Turkey lawa2 hahaha mata saya dan Ija
ketika itu sudah pun melilau beberap design baju utk bajet shopping kikiki ;P...tapi
ketika itu masa tidak mengizinkan lagi masa yang singkat itu
kami penuhi dengan ziarah tempat2 sejarah.
Yang menariknya Turkey ini selain namanya yeng penuh dengan
sejarah Konstantinopel dan Sultan al Fateh, juga mula di kenali dngan tanah
Europe muslim yang kian berkembang.. Kami bertemu adik Muhammad yang suatu ketika dulu terkenal dengan bacaan hafazannya yang sedap di kaca
tv RTM, kini beliau melanjutkan pengajian di sebuah Universiti Turki. beliau adalah sahabat kepada allahyarham Muhammad Ammar.
Pukul 7 pm kami dijadulkan untuk meneruskan penerbangan ke Hatay
Reyhanli Turki (daerah sempadan Turki-Syria)..penerbangan hanya mengambil masa sejam setengah untuk
sampai..alhamdulillah setibanya kami di sambut dengan penuh ramah oleh warga
pendidik di Maahad Muslim Care. Sebelum menaiki kenderaan tersebut Ustaz Nazmi ada memesan
untuk mengucap Kalimah Syahadah sebab orang arab drive sangat laju tanpa rasa bersalah huhu...fuuh kami
sampay juga dengan selamat, alhamdulillah..
17 Nov Rayhanli, Turkey
Aktiviti kami bermula pada hari ini, bermula solat subuh
berjemaah di rumah Muslim Care diiringi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz
Nazmi Karim, selepas tazkirah UNK memberi penerangan berkeaan isu sebenar yang
berlaku Syria, penerangan yang mengambil hampir 20 minit dengan menggunakan
peta bumi Syam membuat kami semakin memahami isu yang berlaku. Hari ini juga
kami dijadualkan untuk memasuki Syria. Biiznillah. dengn izin Allah..
Penerangan Berkenaan Konflik Syria, Petanda Akhir Zaman Oleh Ust Nazmi Karim
Petanda akhir zaman telah disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda menyebut dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di
kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu
pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika
mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tibatiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA). Nabi kata, ALLAH akan menghantar
tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti
di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku di belah negara Syria dan Syam.
Tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria
Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria
berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Baginda bersabda, Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiapsiap untukmenyambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi
Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri.
Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh
dan disambut oleh Imam Mahdi.
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak
khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga
muncullah Imam Mahdi. Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti
nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan
dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai
mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan
utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh
Dajjal.
Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang
sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah
akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.
Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini,telah disebut dalam hadis Nabi saw
Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.
Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa. Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.
Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim. Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan.
Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.
Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. AlTayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi
semasa hendak perang dan sembahyang.
Pada Mei 2012, NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang
ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali AsSobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, ruparupanya mereka adalah sebaliknya.
Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”. Di Syria yang
mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh
sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan
negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan
keluar dari Isfahan, Iran. Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada
keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Satu lagi, di Syria, Bashar
berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi.
Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di
Iran. Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang
menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi
atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.
Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik.
Ulama Palestin Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria. InsyaALLAH dikatakan tentera juga dari
tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid alAqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam
Mahdi. Kubur Salahuddin di Syria, betulbetul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan
Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan
Fatimiyyah.
Keistimewaan Syria sebagai sebuah negara Syam
Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam
kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.
Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat arRahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).
Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya alMalhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik).
Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).
Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria
ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.
Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Merekamenjawab: “Tiangtiang alKitab. Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al Kitab muncul dari bawah.
Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk
bumi. Maka penglihatanku mengikutinya. Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga
sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).
Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga
tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh
at-Tabrani.
Nasihat Ustaz, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang
hendak mempertahankan hak dan akidah mereka. Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat
isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.
Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan
kemenangan untuk Islam.
Begitulah penerangan ringkas namun padat dengan segala ilmu dan pengetahuan berkenaan konflik Syria
Ketika mula berkhidmat sebagai staff Muslim Care, aku pernah bertanya pada seorang yang ku anggap seorang yang bersungguh dalam kerja dakwah, Hj Razak. Bagaimana bulih untuk sampai ke Syria atau Palestin, apakah kretiria yang perlu untuk melayaakkanya ke sana..dia membalasnya hanya 'doa'.. saya senyap, benar tiada apa yang mengizinkan melainkan dengan kehendak Allah..

Persembahan anak-anak Syria, menyambut kedatangan warga Muslim Care Malaysia |
Pagi ini anggota misi dijadualkan menziarahi sekolah Muslim Care yang
menempatkan anak-anak pelarian Syria di Reyhanli @ Raihaniyyah, Turki. Ziarah
kami di sambut dengan penuh meriah oleh anak-anak madrasah yang sangat
menghiburkan, mereka membuat persembahan nyanyian dan ucapan pembukaan sebelum
membawa kami menziarah setiap kelas bagi sesi beramah mesrah bersama pelajar
dan warga pendidik, agihan gula-gula kepada kanan-kanak ini. Kegembiraan
yang terpancar di wajah mereka ini sangat memberi kepuasan kepada kami.
Bersama anak-anak Syria, Sekolah Muslim Care, Reyhanli Turkey |
Seusai ziarah, kami mengadakan sesi dialog bersama pengerusi
sekolah dan warga pendidik untuk penambahbaikan sekolah ini. Apa yang
menggembirakan sebuah lagi sekolah Muslim Care telah dibina bagi memenuhi
keperluan anak anak pelarian Syria yang semakin ramai.
Pada tengahari, kami menziarahi seorang balu yang
juga merupakan tenaga pengajar di sekolah Muslim Care. Beliau
kematian suami 2minggu lepas setelah di penjarakan selama dua tahun oleh
tentera Bashar Assad atas tuduhan melawan ketenteraan, beliau mempunyai empat
orang anak perempuan yang masih kecil, Houda dan Syaimah anak kecil yang rapat dengan saya, membuat sy
sangat senang hati bila bersama mereka. Saya dan Ija berada di rumah mereka
hampir setengah hari sementara menunggu keputusan Border Turki di buka untuk ke negara Syria, kami beramah mesra bersama adak-ana kecil ini, menari,
bernyanyi bermain..sungguh menghiburkan, yang paling best bila anak2 ni seramai
6 orang mengajar kami menyanyi dan menari lagu Syria….sungguh mengasyikkan hihi..
Selepas itu, kami di bawa melawat kedai runcit yang
diusahakan oleh wakil Muslim Care yang beroperasi di pekan Rayhanli, kedai
runcit ini merupakan inisiatif mereka sekiranya bantuan tidak sampai, maka kedai runcit ini akan memenuhi keperluan makanan pelajar dan gaji
tenaga pelajar inilah antara kebijaksaan mereka dalam mengurus
persekolahan ini dalam jangka masa panjang.
Pada hari ini juga kami dijadualkan untuk memasuki Syria,
border akan buka mengikut imigresen Turki entahkan bila border ini laluan untuk
NGO sahaja dan pasport kami tidak perlu cop imigresen. Misi kali ini turut
mendapat kerjasama daripada NGO HYHA yang merupakan NGO terbesar di Turki. kami
menunggu sehingga ke petang, semua menanti dengan kesabaran dan doa.
Alhamdulillah, kami di khabarkan pintu sempadan akan di buka pada pukul 6pm.
Perjalanan kami ke sempadan mengambil masa 1jam daripada Reyhanli.
Keadaan gelap dan sesak membuat kami sangat berhati hati,
hanya beberapa langkah sahaja kami sudah pun memasuki bumi Syria dan pintu
sempadan di tutup hanya beberapa minit selepas itu. Suasana yang bagaikan
berubah, saya sebak rasa syukur yang tidak terhingga Allah memudahkan
perjalanan. Kini aku memijak bumi anbiya Syria :’( Kami di sambut oleh wakil
Muslim Care di Syria, keselamatan kami di jaga dengan baik. Suasana dingin yang
ketika itu sangat memilukan hati melintasi khemah-khemah pelarian yang sanagt
dhaif, hanya berbumbungkan kanvas dan berlantaikan tanah, mahasuci Tuhanku luluh hatiku..
perjalanan kami diteruskan sehingga sampai di daerah Saraqeb, Syria. aku agak
terkejut walaupun mencuba untuk siapkan fizikal mental untuk kesini namum bila
melihat senapang itu hanya ada di mana2 saja membuat hatiku berdebar
sedikit..inilah hakikat negara perang, senapang sejata tu hanya ada dimana2
dalam kereta, dalam rumah hatta dalam bilik yang kami tidurpun ada beberapa senjata
tersadai…fuhh sangat menguji mental..suasana yang sibuk, perhubungan mereka
menggnakan walkie talkie, setiap beberapa minit mereka akan update perkembangan
kawsan yang telah pun kena bom atau kena serang.. kami dikawal rapi, setiap
pergerakan akan dimaklumkan samada kawasan itu selamat atau tidak untuk
dilalui. Sempat ustaz Nazmi berseloroh dengan kami dalam perjalanan ‘Ija dan Amina perempuan Malaysia paling berani coz masuk Syria ketika ini’ kami berbalas
senyuman…Alhamdulillah, bila Allah mengkehendaki..
Saya cuba memahami suasana yang berlaku..malam itu kami
sampai di sebuah rumah yang merupakan salah seorang anggota keselamatan yang
mengawal kami. Saya dan Ija bersalaman bersama isteri dan anak mereka, kami diberi layanan yang istimewa sehinggakan mereka mempelawa kami untuk tidur di
atas katil sedangkan mereka tidur di atas lantai, kami cuba menolak tp
ketegasan meraka dalam meraih tetamu membuat kami akur….malam pertama di bumi
Syria, Allahu sejuk yang amat…di sebabkan kepenatan kami terlelap..
18 Nov. Pagi yang dingin, kami diberitahu cuaca pagi itu 5 darjah celsius, sejuk yang teramat bagi kulit orang Malaysia. Kami bersarapan hidangan yang belum pernah saya jumpa sebelum ini, menarik dan cuba untuk merasai satu persatu hidangan mereka, Alhamdulillah tekak saya boleh menerima walaupun tidak banyak ;)…Seusai bersarapan kami diberi sedikit taklimat tentang perjalanan hari ini. Pukul 9am anggota misi di bawa menziarah kubur as syahed Abu Ishaq yang meninggal semasa perang pada mei 2014 lalu, dia adalah sahabat Ust Nazmi dan juga Wakil Muslim Care, assyahid meninggalkan seorang balu dan 2orang anak yang masih kecil.
Perjalanan kami di teruskan ke Idlib Syria menziarahi maqam khalifah Umar Abd Aziz, seorang khalifah agung yang sangat terkenal dengan kezuhudan dan keadilan dalam kepimpinannya sehingga tidak ada seorang pun rakyatnya yang menerima baitulmal ketika pemerintahannya. Saya difahamkan makam ini ada ura2 untuk di musnahkan oleh para pejuang Isis kerana menganggap itu syirik kerana ada ruang solat di dalam kawasan itu, mereka menganggap orang bersolat akan menghadap kubur, sedangkan kubur tersebut terletak di belakang ruang solat bukan dihadapan, dan ruang solat itu adalah untuk memudakan bagi yang hendak solat terutama bagi mereka yang bermusafir. Dalam makam ini juga terdapat telaga air yang sungguh dalam, saya sempat merasa air telaga tersebut
Maqam Khalifah Umar Abd Aziz- Al Fatihah |
Anggota misi dibawa ke sebuah pekan di Idlib, bandar yang
merupakan sebuah pusat ekonomi yang membangun suatu ketika dahulu, namun bandar itu kini hanya
tinggal rangka dan serpihan bagunan yang hancur akibat serangan peluru dan bom Assad, hati
saya luluh melihat keadaan ini. Ketika ini juga berlaku sedikit salah faham apabila abg Aziz di tahan oleh salah seorang mujahidin daripada
kumpulan FSA mereka kurang senang kumpulan kami kerana melihat abg Aziz seperti Cina, mereka amat benci kaum Cina kerana menganggap bersekonggkol bersama pihak Amerika dalam hal keganasan..
Kami kemudiannya dibawa kesebuah perkampungan yang tidak jauh daripada
Kami kemudiannya dibawa kesebuah perkampungan yang tidak jauh daripada
bandar Idlib disitu kami
melihat rumah-rumah yang cantik telah kosong
hancur, ada sebahagiannya yang masih elok akan tetapi keadaan kampung
yang tidak selamat menyebabkan semua penduduk meninggalkan rumah mereka menjadi
pelarian di Negara sendiri itu sangat menykitkan, maka jiwa2 ini akan menuntut di hadapan Allah kelak atas setiap inci kesakitan yang dirasai atas kekejaman pada mereka. Suasana yang
memilukan hati jauh di sudut hati ingn melihat bandar dan kampung ini hidup
subur kembali. Kami sampai di suatu
kawasan lapang, bersama anggota keselamatan yang berkawal menyaksikan pelancaran roket, kami melihat secara langsung kami
teruja walaupun ada debaran dihati.. kumpulan mujahedeen Jabhatun Nusrah antara
yang aktif dalam gerakan pembelaan rakyat dan sunni di Syria
Petang itu, Selepas menziarahi kami pulang ke homestay di
Saraqeb, kemudian pada malamnya kami meneruskan misi menziarahi balu assyahed
Abu Ishaq, di sebuah perkampuangan pelarian, melihat dan berziarg
seoang balu kepada mujahidin yang yelah syahed Abu Ishaq, melihat dirinya yang
sungguh tabah membuat kami sangat mengkaguminya, perbezaan bahasa tidak
menghalag kami untuk berkomsnikasi, aku hanya dapat tangkap sedikt term
daripada apa yang disampaikan sangat melucukan bila kami berkomusikasi banyak
menggunakan bahasa badan, sehingga kami dapat memahami apa yang cuba di
sampaian. Dia bertanya kepada kami sekiranya takut berada di sini (Syria) negara perang bom ada saja di mana-mana saya dan Ija berbalas pandangan dan senyuman kami berikan semoga Allah melindungi kami dan dia mendoakan atas keberanian kami. Dia bertanyakan umur, kami menjawabnya dengan
seloroh..dia menjawab dengan umur kami sekarang sdh pun mempunyai anak ..purata
umur berkahwin bagi orang Syria adalah 15-20tahun, melainkan sekianya wanita itu
menyambung pengajian kebiasaannya berkahwin 20-25 tahun tp itu sudah cukup lewat
bagi mereka..hihi saya dan Ija bagaimana pula =P. Kami bertanya padanya apakah
akan berkahwin lagi selepas ini setelah pemergian Abu Ishaq, ummu Ishaq menjawab
kalau sekiranya semua redah Syria kembali tenang kemungkinan suatu hari nanti saya akan berkahwin.
Ziarah kami agak panjang anggota misi muslimin sudahpn menunggu kami…mareka
agak hairan bila saya dan ija menceritakan apa yang kami bualkan sebentar tadi bersama ummu Ishaq, dek keran kami tidak begitu fasih berbahasa arab mambuatkan
mereka terkejut..itu la kehebatan perempuan bila bersembang ;P
19 Nov. Hari ke 3 di bumi Syria, hari ini kami dijadualkan untuk kembali ke Turki, hari terakhir bersarapan bersama ahli keluarga rumah ini lambaian dan salam terakhir daripada mereka, ada ukhwah yang terbina disini, sayu. meninggalkan rumah terebut, anak anak yang comel dan ahli keluarga mereka yang baik hati lagi cantik-cantik belaka ^^, sempat mama Noura memesan kepada saya untuk carikan bakal suami orang Msia kepada anaknya yang juga sahabat saya disana hihih
Kami sempat berkongsi cerita sepanjang perjalanan yang kami telah lalui. selama 2 malam terdengar bom 6 kali kedengaran, agak kecut jgk fikiran mula berfikir sesuatu semua ketika itu mula redha sekiranya perjalanan hidup hanya setakat ini, kami mengucap dan muhasabah. Bila kami menceritakan kepada saudara2 Syria yang bersama kami, mereka menjelaskan jagan risau klu hanya kedengaran bom, walaupun sudah meranapkan bbrpa rumah dan kampung tapi kawasan itu masih jauh, namun sekiranya kedengaran bunyi helikopter yang berlegar2 di atas maka itu perlu di takuti dan dirisaukan kerana mereka akan menjatuhkan bom2 secara direct..
Langkah kami teruskan meninggal tempat teduhan sepanjang di
bumi Syam. Kami meneruskan misi ziarah ke sebuah sekolah Maahad Ma’firah di
kawasan Saraqeb, sekolah bawah tanah yang baru sahaja di buka selepas daripada
fasa perang, pelajar daripada anak anak pelarian seramai hampir 60 orang ini
mendapat pendidikan percuma. kami membuat Penyerahan sumbangan daripada MC
berupa makan dan kewangan untuk keperluan pendidikan mereka. Tidak jauh dari
kawasan sekolah, kami menziarahi stor Muslim Care yang menempatkan barang-barang
sumbangan untuk rakyat Syria. Bertemu dengan seorang pakcik yang sunggu kelakar
dia melayan saya dan Ija macam anak kecil..dia beri pada kami baju sejuk yang
lawa dan juga anak patung yang sungguh comel, kami menolak tetapi dia
bersungguh kami hanya menerima anak patung tersebut dan berniat untuk beri pada
anak2 Syria yang kami temui, itu hak mereka ;)
Tengahari itu, kami terus bergerak ke sempadan Athma,
perjalanan memakan masa selama hampir 2jam daripada Saraqeb. Panas terik dan
berdebu itulah Susana Negara padang pasir. Kami tiba di sempadan Athma pada
pukul 1pm, namun kami dimaklumkan border akan dibuka pada pukul 5pm, kami
menunggu sehingga hampir 6 jam sebelum boder di buka oleh imigresen Turkey.
Alhamdulillah malam itu kami selamat sampai semula di Reyhanli Turki.
20 Nov. Bermula solat subuh berjemaah disusuli tazkirah ringkas oleh
ustaz syed Kadir al Joofre dan sharing daripada setiap anggota misi. Kemudian
kami bersiap untuk chek out, kerana hari ini merupakan hari terakhir misi.
Setelah bersiap segala keperluan, sedikit majlis penyerahan sumbangan Muslim
Care kepada wakil Syria di Turki
Kami bergerak ke perasmian Maahad Tahfiz Muslim
Care yang ke dua. Madrasah ini baru sahaja dibina bagi menampung pelajar yang
semakin ramai, tapak yang sekolah yang disumbangakn oleh seorang dermawan dari
Turki demi kelangsungan pendidikan anak2 pelarian Syria
Majlis perasmian yang meriah dengan persembahan kanak-kanak Maahad Tahfiz sangat menghibur hati. Ungkapan shukran yang bertalu-talu
daripada mereka membuat kami sangat terharu, kami menggalkan mereka dengan
lambaian harapan yang pasti akan meninggalkan memori yang tidak mungkin kami
lupakan. Semoga usaha kecil ini Allah nilai sebagai pemberat amal timbangan di
akhirat kelak, amin. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada
kelangsungan hidup dan pendidikan saudara semuslim kita di bumi Syam Syria..
Sekiranya ingin menyumbang kepada rakyat Syria, boleh Bank In ke
564490413882 atas nama Muslim Care.
Sekiranya ingin menyumbang kepada rakyat Syria, boleh Bank In ke
564490413882 atas nama Muslim Care.
Amina Tahir
Catatan Di Bumi Syria
Aktivis Muslim Care Malaysia
15-12 Nov 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan