Hampir 6 bulan misi banjir dijalankan selapas banjir besar
melanda negara kita terutama di negeri Pantai Timur. Akhirnya,,,,dapat tarikh
untuk Misi Ziarah Muslim Care ke Long Busang,setelah beberapa kali ditunda..persiapan yang singkat utk menyiapkan keperluan misi kali ini...ini
misi aku yang kedua kesana, sesiapa yang penah pergi akan rasa
untuk terpanggil kesekiankalinya untuk kembali...apa yang paling
seronok??
kali ini anggota misi di sertai hampir 30 orang, 10 orang
team Muslim Care dari semenanjung, 3 orang daripada Sabah, beberapa orang
team daripada team Urusetia Saudara Kita (USK) Kapit Sarawak, dan beberapa orang lg sukarelawan daripada kalangan guru semenanjung yang berkhimad di Sarawak.
Perjalanan untuk sampai ke kampung ini memakan masa selama
sehari. So untuk perjalanan saja sememangnya spend time selama 2hari untuk
pergi dan balik, selebihnya kami berprogram bersama penduduk.
Kami bertolak pada 30 April 2015 dengan menaiki kapal Air
Asia rombongan daripada semenanjung seramai 9 orang, kami di sambut wakil MC di
Airport Sibu, jumlah anggota misi keseluruhannya hampir mencecah 30 orang. kami
meneruskan perjalanan pada keesokan harinya jadual bot daripada terminal ke Kapit
seawal jam8 pagi perjalanan kami memakan masa selama 8 jam untuk sampai ke
kawasan Putai. Untuk sampai ke kampung tersebut, kami menaiki double cab yang
mengambil masa selama 4 jam berikutnya. 4buah double cape, dan kami muslimat kesemuanya manaiki satu double cabe. Perjalanan cukup mencabar melalui jalan balak yang merentasi lereng-
lereng bukit serta curam sepanjang perjalanan. Apa yang menarik sepanjang
perjalanan kami duduk di belakang kereta pacuan 4roda tersebut sambil menikmati
pemandangan alam yang damai, sungguh menenangkan jiwa..berzikir, bernyanyi bersama membuat hati kami sangat riang.
Pukul 9 malam barulah kami tiba di kampung LB, kami di
sambut oleh masyarakat kampung beragama islam, mereka meraih kami dengan penuh
ramah, makanan yang di hidangkan sangat istimewa, semua daripada hasil tangkapan
dan tanaman orang kampung sendiri.
Saya di fahamkan penduduk muslim di sini minority, hanya ¼
sahaja yang beragama Islam, namun pada pengamatan saya kehidupan mereka sangat
harmoni tanpa mengira perbezaan agama.
Pada keesokan harinya, kami meneruskan agenda utama iaitu program
kesihatan kepada semua penduduk kampung tanpa mengira perbezaan agama. Kehadiran
doctor-doktor dalam misi kali ini memberikan perkhidmtan kesihatan secara
percuma kepada penduduk antaranya pemeriksaan
kesihatan, pemeriksaan dan cabutan gigi, sunathon kakan-kanak dan dewasa, di samping program kemasyrakat lain seperti game bersama remaja, pertandingan melukis kanak-kanak, smart learning dan juga smart solat kepada kanak-kanak dan dewasa. Sepanjang berada di sana kami cuba mengimarahkan masjid dengan pelbagai program dan pengisian rohani, Alhamdulillah mendapat smbutan daripad penduduk muslim. Program dijalankan selama dua hari, program kemasyarakan ini turut disertai oleh masyarakat non muslim. Walaupun kepenatan namun kami puas
kesihatan, pemeriksaan dan cabutan gigi, sunathon kakan-kanak dan dewasa, di samping program kemasyrakat lain seperti game bersama remaja, pertandingan melukis kanak-kanak, smart learning dan juga smart solat kepada kanak-kanak dan dewasa. Sepanjang berada di sana kami cuba mengimarahkan masjid dengan pelbagai program dan pengisian rohani, Alhamdulillah mendapat smbutan daripad penduduk muslim. Program dijalankan selama dua hari, program kemasyarakan ini turut disertai oleh masyarakat non muslim. Walaupun kepenatan namun kami puas
Suku kaum mereka adalah Kenyah, Kenyah adalah etnik Bumiputera Sarawak yang termasuk rumpun
Orang Ulu yang berasal dari daerah Baram, Sarawak. Semasa pemerintahan Brooke
meluaskan kuasa ke daerah Baram, masyarakat Kenyah sebahagiannya berundur ke
Kalimantan dan sebahagian lagi bertahan di Baram.
Rumah rumah tinggal mereka masih khas. Uma Da’du atau Lamin
adalah rumah asli peninggalan masyarakat
Kenyah yang masih utuh. Rumah adat ini dibuat dari kayu belian, beratap
sirap. Lamin di hiasi lukisan daun paku pakis dengan warna kuning, putih, merah dan hitam yang
menjadi identiti masyarakat Sarawak sekarang . Mereka juga dikenal mahir
membuat manik-manik bercorak indah dan pemahat handal patung hiasan.
Hubungan kekerabatan mereka mengikuti garis keturunan bapa.
Dalam satu rumah panjang dapat dijumpai hidup beberapa keluarga, mulai dari
orang tua, anak, cucu dan sepupu Dahulu
kala sebuah rumah panjang dengan mempunyai lebih daripada 60 buah rumah
lainnya. malah dapat menampung lebih dari seribu orang,
Namun demikian mereka tetap taat pada adat yang sehari-hari dikendalikan oleh pemimpin
mereka. Di dalam rumah panjang, pemimpin menempati rumah di bahagian bagian tengah. Bagi mereka, pemimpin adalah
orang yang dipilih menurut garis keturunan bangsawan, menurut kepercayaan yang
ditinggalkan ketika mereka bersama-sama dengan masyarakat Brunei.
Suku Kenyah,
sebagian besar beragama Kristian. Sebagian kecil, terutama orang tua, masih ada
yang animisme. Seiring dengan peredaran zaman, penganut islam sudah mulai muncul terutamanya di Long
Busang dan di Belaga.
Mata pencarian mereka umumnya adalah bertani. Umumnya, sebagai
pemungut hasil hutan dan peladang. Masyarakat
Kenyah tetap mempertahankan budaya leluhurnya, seperti menenun,
mengukir, dan membuat aneka kraf tangan. Masyarakat Kenyah juga sangat terkenal
dengan seni tari tradisionalnya seperti : tari datun julut, kanjet pepatei/tari
perang, Kancet Punan Lettu, Kancet Nyelama Sakai, Hudog, Manyam, Pamung Tawai,
Burung Enggang, dan tari Leleng, dan lain lain. selain bahasa Kenyah mereka juga menggunakan bahasa Melayu.
Berbalik kepada cerita pengalaman saya, pada petang hari,
kami (min, kak nim,kak maria,kak ada) meneruskan agenda menikmati tempat
menarik di kampung ni, terdapat sekolah bersebelahan kampung berada diatas
bukit sedikit, pamandangan yang cukup cantik, di hiasi alam sekeliling yang
menghijau juga sungai kecil yang sentiasa mengalir jenih. Dihiasi 2 buah rumah
panjang behadapan padang, rumah panjang yang menjadi lambang kebudayaan etnik
kenyah di LB.. setelah bersiar2 kami di pelawa oleh seorang makcik yang cukup
baik pada pengamatan saya, dia mengajak ke rumahnya, apa yang menarik dia
memperkenalkan pakaian dan alat-alat etnik kenyah yang menjadi kebudayaan dan
kebanggaan masyarakat. Lagi menarik makcik yang di kenali sbagai makcik Ros (bkn nama sebenar) mempelawa kami untuk mengenakan pakaian tradisi etnik Kenyah, pakaian wanita
Kenyah sangat cantik dan unik, perubahan zaman pakaian tersebut di adaptasi mengikut
tuntutan Islam bagi yang beragama Islam, pakaian menutup aurat tetapi tema dan
kebudayaan dikekalkan…hihi best sgt…kami balik dengan wajah kepuasan. Dalam hati
kami berbisik ada sesuatu yang hajat telah dipenuhi..ada kenangan sebab sempat
ambik gambar banyak-banyak ;P
Malam tersebut majis penutupan bersama penduduk kampung,
jamuan bersama, penyerahan sumbangan kepada 70 keluarga, penyampaian hadiah
kepada pemenang pertandingan dan perembahan daripada penduduk kampung..kami melambai mesra kepada mereka namun dalam hati ada kesedihan yang tersimpan..kami berniat untuk kembali ke sini lagi...
Tepat jam 11malam kami bertolak ke Putai, perjalanan 4 jam dan kami di jangka sampai pukul 3 subuh. Sepanjang perjalanan yang gelap, sejuk, jalan berliku kami
diuji dengan hujan lebat..huhu..memandangkan baju hujan telah di gunakan semasa
pergi, kami semua menggunakan plastic sampah untuk membalut tubuh dari kebasahan,
masing-masing melyan perasaan..kesian,tp lucu pun ada hehe..hampir 2jam
mengharungi hujan sebelum sampai ke Putai untuk menanti bot yang akan gerak ke
Sibu pada pukul 5 pagi..semua basah kuyup huhu..
perjalanan dari putai ke Sibu mengambil masa 8 jam, sepanjang perjalanan aktiviti kami adalah makan, tido, cerita diulangi sampai beberapa kali haha....disamping pengisian masing2 membaca buku dan quran...ahamdulillah sekitar pukul 2 kami tiba di jeti Sibu.
petang itu, sahabat sabahan bertolak awal, memandangkan tiket mereka awal, dan team semenanjung bertolak malam, last flight...
walaupun penat tapi semua puas...
sekitar pukul 12 kami selamat tiba d klia, sebelum bertolak ke rumah saya dapat hadia drpd someone sempena hari jadi...hihi..hepy brithday to me 05052015 :) :)