Selasa, 5 April 2011

Empat Golongan Sasaran Dakwah


Menurut Imam al Ghazali, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu terbahagi kepada 4 golongan.

1) Golongan yang jahil - golongan ini tidak berniat untuk melanggar perintah Tuhan tetapi tindakannya di luar daripada Islam dan pelanggaran peraturan Allah adalah disebabkan kejahilannya. Golongan ini mudah dipimpin dan diinsafkan.

2) Golongan yang melaksanakan perintah Allah tetapi tidak sepenuhnya disamping mampu meninggalkan sebahagian dari larangan Allah s.w.t sahaja. Hal ini terjadi kerana mereka tidak mampu melawan nafsu mereka. Sebenarnya dia memang rasa berdukacita di atas maksiat yang dilakukannya serta kecewa tidak dapat melaksanakan perintah Allah. Golongan ini berat sedikit untuk dinsafkan kerana dia mengetahui segala perinta dan larangan Allah tetapi telah dikalahkan oleh nafsunya. Termasuk di dalam golongan ini para-para ulama yang boleh bersyarah dengan menggunakan Al Quran dan hadith tetapi masih menurut kemahuan nafsunya di dalam kehidupan dan kenyataan yang sebenar. Menyedarkan golongan ini hanyalah dengan menundukkan nafsunya.

3) Golongan yang mempunyai kepentingan - golongan ini melakukan kemungkaran dan tidak mahu melaksanakan peraturan-peraturan Tuhan di dalam hidupnya samada pada dirinya, rumahtangganya dan masyarakatnya kerana mengaut keuntungan darinya. "Buat apa nak ikut Islam sangat, bukan boleh untung" Kata mereka. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai golongan yang mengampu dan munafik. Golongan ini payah disedarkan kerana kepentingannya mengatasi hukum-hukum Allah.

Rasulullah s.a.w telah berjaya mengubati penyakit masyarakat kepada menerima kebenaran yang hakiki. Para sahabat juga telah berjaya, begitu juga para Tabi'in dan pejuang kebenaran. Justeru itu, sekiranya kita pada hari ini ingin berjaya mengubati penyakit masyarakat yang sedang melanda, tidak ada formula lain selain dari mengambil semua teknik mereka yang terbukti berjaya, maka pasti Allah s.w.t akan memberikan kemenangan dan kejayaan. Insya Allah.

4) Golongan yang menganggap baik itu jahat dan jahat itu baik. Islam itu kolot dan barat itu moden. Yang tutup aurat itu tidak terbuka mindanya, yang buka aurat itu terbuka mindanya. Golongan ini adalah golongan yang paling payah untuk disedarkan. Biasanya mereka ini mempunyai ideologi-ideologinya yang tersendiri yang diperjuangkan seperti ideologi komunisma, nasionalisma, kapitalisma, sosialisma dan lain-lain.
Imam al ghazali menegaskan bahawa lebih banyak masa dan tenaga perlu ditumpukan kepada golongan pertama dan kedua (80%). Kerana peluang untuk mereka kembali amat cerah. Untuk golongan yang ketiga dan keempat, tidak perlu diberikan banyak masa dan tenaga. Golongan ini hanya perlu dibendung pengaruhnya agar tidak menjangkiti masyarakat kerana mereka telah sebati dengan prinsip hidup mereka. Peruntukan masa di dalam kerja dakwah ini perlulah dilakukan dengan tepat agar usaha dakwah itu tidak berakhir dengan kekecewaan serta mematahkan semangat untuk menegakkan kalimah Allah.

Ad-Daulah Islamiah



Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.

Lebih dari itu, Islam kita adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah
satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam. Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman itulah yang mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskan kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah Taala:
"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata." (Al-Baqarah: 193)

Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan, sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka. " (Maksud Hadith)

Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat). Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam. Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini. 
Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.

Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di selurnh dunia. Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.

[Ustz Mustafa Masyhur]

Puisi Mujahidah






Muslimatku,
Telahku nukilkan puisi ini
 buat mujahidah sepertimu,
ketahuilah dirimu begitu indah
namun keindahan itu terpancar
dengan lahirnaya roh jihad yang membara
sebagai pegangan perjuangan hidupmu


Muslimatku,
Ketahuilah engkau mujahidah muda
Yang bekorban demi Deenullah
Jangan engkau ragu lagi dijalan ini
Kerana jalan inilah tempatmu bertemu Rabbul Izzati

Muslimatku,
Kini engkau mengetahui
Segenap di dunia ini milik Allah
Apakah dirimu menyedari pinjaman
Allah semua ini adalah seketika..?
Muslimatku, carilah  cinta hakiki n
Nescaya tidak kau kecewa padanya

Muslimatku,
Lahirkan lah roh jihad dalam hidupmu
Meletakkan Allah sebagai cinta teragung
Melebihi kecintaan dunia dan segala isinya
Meletakkan Rasulullah sebagai qudwah hasanah
Dalam memikul bait perjuangan
Meletakkan ibu dan ayah sebagai orang tersayang
Juga sahabat sejati kekuatan dalam berjuang

Muslimatku,
Kini engkau telah dewasa
Mengecap segala impian sebagai wanita solehah
Bilakah lagi datang muslimin mengajakmu berjihad
Siapkan dirimu dengan syarat yang diajukan
Cinta Allah, Rasulullah saw, dan jihad fisabilillah
Kelak kau akan pergi mendapimpinginya
Sebagai sayap kiri perjuangan

Muslimatku,
Ketahuilah bila engkau infakkan
Dirimu dijalan ini
Maka, suburkanlah semangat yang telah lahir
Pada mujahidah terdahulu
Sebagai mujahidah pada perjuangan Islam
Juga isteri solehah pada musliminnya
Mengorbankan segala yang dimiliki

Muslimatku,
Selamilah hakikat perjuangan dan sunnah Rasul
Hingga kedasarnya maka tidak kau kecewa
Dengan ketentuan Ilahi kelak

Muslimatku,
Kini engkau menyedari dunia akan
Menuju kehancuran telah datang amaran
Sebagai tanda peringatan
Apakah engkau lupa
Kebanjiran muslimat ketika ini 
Maka berikan jualah musliminmu ke lembah dalam perjuangan
Demi menjunjung haq sunnah perjuangan Nabi yang hakiki

Muslimatku,
Jangan mengharap kesenangan di jalan ini
Tanganmu perlu untuk kebangkitan Islam
Buka langkahmu, hayunkan tanganmu
Tiada masa bagimi berpangku tangan

Bangkitlah muslimat,
Bangunlah wahai mujahidah
Suburkanlah roh jihad
Moga bersama menuju syahidnya


Nukilan mujahidah =)
Syahsiatus_Sufiyah89
18dis09, 6.05pm, al-faraby, kedah