Ahad, 28 Januari 2018

Pengalaman Pertama Bersalin


Anak adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai, lahirnya kedunia untuk kita syukuri, anak bukan hakmilik kita, lahirnya sebagai pemberian amanah mahupun ujian buat kita sebagai ibubapa untuk mendidiknya mengenal Tuhan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba selama mana kita bernyawa.

"Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah" [hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim]

Alhamdulillah syukur atas kurniaan Allah swt memberi rezeki yang tidak terhingga atas kelahiran anak sulung, kelahiran yang sangat dinanti membawa seri dalam melayari hidup berumahtangga..

Saya juga punya cerita saat menanti kelahirannya, kenangan dan pengalaman bermakna untuk setiap yang bergelar ibu..

Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya tidak mengalami alahan yang teruk, mual muntah tu tak dapat tidak tetap juga merasa, setiap pagi jikalau perut kosong mula la pening2 mual, ada ketika juga bila makanan yang tidak kena diperut automatik dimutahkan balik, melaluilah proses trimester pertama yang kebanyakan ibu ibu mengalami 'trauma' difasa ni. Namun beralih kefasa kedua dan kertiga lebih 'heaven' orang cakap cuma cabaran lain bermula terutama perubahan fizikal sakit badan, mudah letih, kaki cramp, berat bertambah, kuat makan hehe..saya alah pada bau bawang, bau wap nasi, bau husband hihihh..semua itu proses untuk bergelar ibu, tiada ubat untuk semua kesakitan ini melainkan SABAR..

Masa mula-mula tahu pregnant Jun ramadhan 2017 dapat berpuasa penuh, masa ni puasa  agak mencabar juga sebab setiap kali pukul 10-11am rasa pening dang mual, cuma tahan saja sebab anggap perut kosong tak sarapan pagi. hari hari mcm tu, muntahkan agin.. selepas sebulan berpuasa penuh saya suda merasakan ada sesuatu tapi nafikan lagi masih tak buat ujian Upt, sehingga la tiba syawal suami belikan alat Upt dan result positif, syukur Alhamdulillah.. 
oh ya, saya sudah mula makan folic asid selepas berkahwin, suami belikan difarmasi minta saya consume.. 
saya buka buku agak lambat juga masuk 12weeks pregnancy sebab suami agak sibuk dan tak ada waktu cuti. Berklinik pulak kena ikut kawasan pening juga la sbb 4klinik masing masing tolak sebab ikut kawasan kononnya dari kk Menggatal, disuruh pegi kk desa Petagas, kemudian disuh pegi klinik 1m Cyber City, kemudian suh rujuk kk Penampang..haha sabo je la..husband bising, dh la susah cuti, adei..

Berjalanlah kehidupan hari hari..macam  biasa saja sebagai suri rumah masak, kemas, basuh kain tiada yang berubah..fizikal ja berubah.

Orang kata bila mengandung tak boleh makan durian, saya makan ja, ngam masa musim durian husband pulak ada beli 6 biji dari Ranau memamg dua2 org ni je lah yang habiskan.. kami makan sehari 1biji ja, tapi bila berdua berulas-ulas gak la hihi.. makan lah, apapun yang kita makan yang penting jangan melahap tak ingat dunia.

Suppliment ?? tiada sangat, melainkan suppliment yang kkia bekalkan, vitamin c, folic asid, iron tablet, B comp saya consume sehingga nak bersalin. Ramai yang kata minum minyak kelapa dara boleh mudahkan bersalin, sebenarnya tak benar masih tiada kajian yang boleh kaitkan minyak kelapa dara boleh mudahkan bersalin, yang ada iklan-iklan dipasaran dikaitkan sebagai marketing dan sasaran untuk ibu-ibu mengandung, tapi kalau nak juga consume terpulang cara masing-masing. saya dulu terikut ikut juga cakap mommies makan itu ini tapi suami saya lebih dahulu guide saya bab ni..tak perlu consume kalau solid food kita suda lengkap dah cukup. husband kata berapa ramai mommies yang pegi hospital ada masalah kandungan sebab makan macam-macam yang tak perlu..saya tadah je telinga dengar nasihat hihi..tq dear

Dalam bab pantang pula, masing masing punya cara dan pandangan.. bagi saya berpantang perlu untuk mengembalikan semula kekuatan dalaman dan luaran..yala kita masih sakit, lemah, luka..dengan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga, sokongan pada waktu ini sangat perlu. Alhamdulillah saya bersyukur sebab ada mak dan mil yang membantu mengurus rumahtangga saya, mak banyak urus perihal kelengkapan baby dan saya, tolong kemas rmh, manakala mil mengurus makan minum saya sepanjang berpantang, suami lebih kepada sokongan emosi disamping medical treatment. Set berpantang suami benarkan untuk beli barang teknikal sahaja, macam biasa la jamu-jamu dia tak benarkan hihi, selagi dia tak tahu apa kandungan husband takkan bagi makan, yang penting  solid food cukup, dia rajin pegi pasar beli barang dapur hihi

Menjelang hujung kehamilan mak dan Mil datang KK sebab saya dan husband plan untuk bersalin di Hospital Likas.. gabungan mak dan mil sangat mantap hihi masing-masing bekerjasama membantu. 2minggu sebelum bersalin hari-hari mil tanya nak makan apa dia buatkan semua menu sedap-sedap sebab nanti berpantang tak boleh berabis hihi..nasi dagang, nasi lemak, nasi ayam, laksa, macam macam lagi lah..

Menjelang 9bulan agak mendebarkan.. semua perasaan bercampur baur..paling nda tahan sakit belakang, ngilu dia lain macciam..sering rasa lapar, tengah malam buat milo makan biskut dalam bilik dengan lampu yang samar samar..bagun malam sebab tak selesa, posisi tido pun tak kena sebab perut membesar, kaki cramp, kadang pasang aircond still rasa panas..

Ada satu hari tu, pegi makan lokan dan kelapa bakar di Sulaman Tuaran, pemes tempat ni kalau di KK..malam tu balik dari sana saya muntah2 poisoning food, memang teruk sampai ndak blh bangun lembik satu badan berdiri pun tak mampu, ambil baldi muntah tepi katil je...hoho mmg perit gila..suami tak bawa pegi sepital sebab dia kata dia masih boleh monitor kalau pegi hospital warded pn just tambah air sbb takut dehidrated..2hari juga lembik, syukur baby baikbaik seja..

Selalu dengar sakit yang paling sakit adalah bersalin, yang beranak seja dapat diskripsi sakit tu cemana..serius saya ingat yang sakit sangat tu bila digunting beranak ( episiotomy ) rupanya sakit yang paling sakit tu adalah contraction pain haha salah paham saya, siap bgtau suami lagi ehh xsakit pun beranak, yang sakit tu contraction je, sakit dia kalau cabut semua rambut pn tak rasa apa bila contraction pain hahah suami gelak

24hb -26 feb  

Hari ni hari ke 2 ada 'show' tanda turun darah berwarna coklat, yakin sangat ini tanda2 kelahiran rasa agak cemas jugak menghitung2 hari bila agaknya baby nak keluar nii, daripada research mommy tanda ni mgkin mengambil masa 3hari atau lebih, so mommy masih releks, coz xde sakit lg.  Memandangkan sudah sampai tarikh due, so mommy kena ke kkia setiap hari untuk appointment doctor dan nurse cek jantung baby, doc mula risau bila mommy bagitau suda ada tanda turun darah cuma dalam kadar yang sedikit, doc bagi tempoh 10hari berikutnya sekiranya belum bersalin wajib admit hospital serah diri. Hari berikutnya pn sama, mommy ke kkia cek jantung baby, kena bebel sket oleh nurse coz dia dh risau bila tanda darah dh keluar, mommy still releks tp dlm hati ada sedikit risau, balik daripada klinik masej husband nak cek bukaan..hubby msj okey malam ni abg bawa alat2.. huhu merasala cemana kena seluk😭 mmg sakit coz firstime xpraktice lagi teknik pernafasan walaupn husband dh ajar..

27hb
Mommy ke kkia lg ptg hari ni daddy teman sbb tgh off, cek jantung baby n pergerakan alhamdulillah aktif, cuma hari tu nurse bebel agak pnjang sket, dia risau, dia refer mommy ke MO, doc suh jgk ke hospital ptg tu utk cek CTG baby, call mama n mak utk ready ke hospital, diorang prepare barang2 baby, memandangkan daddy exam petang tu pukul 5pm so kitorang pegi skali dgn daddy, sampai hospital daddy hantar ke bilik pemeriksaan kehamilan sebelum sampai daddy dh inform dekat kawan doctor perempuan utk cek mommy, mommy rasa sedikit cemas, daddy pegi exam pukul 5pm sehingga 7pm. Cek CTG, scan alhamdulillah semuanya okey, doctor jumpa bg penerangan kondisi baby, alhamdulillah takda masalah doc bagi pilihan sama ada mommy admit dan akan induce keesokanya atau pulang ke rumah saja sebab keadaan baby baik, tapi nenek dan uwan nasihatkan utk admit saja memandgkan suda due, mommy tggu daddy habis axam utk bncg, mommy pegi surau utk solat maghrib memandgkn daddy pn dh habis exam mommy dn daddy bincang disana, keputusan disepakati utk admit. Malam tu mommy buat pemeriksaan skali lagi cek jantung dan scan, alhamdulillah dpt tgok scan 4D baby daddy pn ada masa tu. Selepas mommy tukar baju ward (pink) daddy uruskan mommy masuk ward, alhamdulillah dpt duduk bilik first class. Malam tu masih berkira2 bersedia utk induce 

28hb Feb
Keesokannya, doc ada bagi penerangan induce dimasukkan ubat utk percepatkan bukaan rahim, contraction akan lebih laju..kesakitan induce sama mcm contraction cuma kekerapan datang lebih 2,3 kali ganda daripada yang normal. Mommy berdoa semoga dipermudahkan segalnya, tengah malam tu saya suda mula rasa sakit contraction tp msh slowly  datang setiap 15min, mommy steady lg walaupun tido agak terganggu. Pagi esk sn datang cek ctg seawal 5am alhamdulillah baby bagi kerjasama semuanya okey, kemudian doc cek bukaan baru 1cm, so releks lg. Mommy smbung tido, pukul 8 makanan hospital sampai, blh tahan jgk menu, mak dan mil pun datang melawat dan bawakan makanan..so makan la pelan2 sambil menahan contraction yg datang dlm beberapa minit. Start pukul 11, contraction makin kuat, masa tu daddy balik hantar mak dan mil pulang, daddy pn balik berehat sekejap, mgkin daddy tau mlm nanti dia perlu 'berperang juga' sy msj suami yg sakit semakin kuat, tghr suami dtg bawa makanan utk lunch dan doc ada maklumkan utk pecahkan air ketuban pukul 2 nanti, saya xdapat makan dgn tenang bila sakit contraction datang tagan suami yang menjadi mangsa saya tekan dan pulas2, bila tenang saya sambung makan lagi. Pukul 2.30 bukaan suda 4cm memandangan doc bertugas (perempuan) tu kawan suami, husband inform agar dia yang pecahkan air ketuban, terasa sedikit panas air ni, selepas utk kami bersiap utk masuk dewan bersalin pd pukul 4pm, keperluan dan barang saya suami sudah siapkan, saya dibawa ke dewan bersalin dengan katil sorong, agak nervous dalam hati berdoa dn berzikir tidak putus, saya tengok suami dan kawan2 dia bercerita dikaunter, setibanya LR saya dipindahkan ke katil bersalin, alat2 kelengkapan dipasang saya perhati saja, doc mula cek jantung baby dgn ctg, bukaan masih 6cm contraction makin terasa kerap, saya suda rasa ni btl2 contraction memang WOW sgt!...oh nikmatnya terasa..tiada yg mampu menolong melainkan pertolongan dr Allah, berkali kali meneran sebab contraction yang sangat kuat tapi husband kata cuba tahan dulu sebab belum lagi nanti bengkak, haha mana lah dapat kawal kan..sy msh mengharapkan tagan suami utk dipulas2 haha, tp masa tu dia pn sibuk menyiapkan kelengkapan utk proses besalin disampin mengawal ctg jantung baby.beberapa kali juga husband cek bukaan.. saya diberikan bius dipaha, dan gas intonox (tp rasanya intonox ni langsung xmembantu haha)..
dalam hati saya sentiasa berdoa semoga baby bagi kerjasama sentiasa kuat untuk sama2 bertarung bersalin normal.
tengah tengah sakit tu terasa nak kencing, bagitau husband minta dia bawa, dia gelak mana boleh pegi toilet masa ni kritikal..dia kata abg pasang tiub kencing, kencing ja situ hahaha..tak tahan sejjukk tul aircond..

Saya jangkakan pukul 7pm lebih. saya dengar suami kata, "dah boleh, bukaan dh cukup" saya lega dengar tak mampu dh menanggung sakit, maka  bermula bertarung utk melahirkan, sebelum tu nurse ada brief pasal cara2 meneran, posisi badan tangan dan kaki, husband pn berkali2 ingatkan yang paling penting jagan angkat punggung, husband sibuk prepare peralatan, saya dh rasa diawangawangan sakit yang tidak mampu diungkapkan tegok cahaya pun dh tak mampu tutup mata sambil menikmati rasa sakit masa ini ofkos la constration tersangat real menyerang, parasaan nak mengejan tu kuat sangat, apa lg teran terus-terusan, terdengar suami dan bidan ckp okey teraaannn....bagus..bagus.. sikit lagi.. kepala dh keluar..teruskan mengejan tp terhenti seketika..bahu baby tak lepas sbb besar sikit, so diorang kata nak gunting sedikit..okay redha..push..push..baby selamat keluar..Allahu akbar sakit teruk tu tetiba hilang, rasa syukur sangat (nagiss) [ 8.15PM, 28February 2017, 3.66kg ]. selamat datang ke alam ujian anak

Perasaan sy sgt blur, apa yang berlaku skg? mcm mimpi.. suami potong tali pusat dan serahkan pd saya alhamdulillah skin to skin, sy mcm blur haha belum blh terima kenyataan anak depan mata.. selepas suami letak baby dlm babycot, dia sambung repair luka episiotomi ..ya Allah terasa letih dan lemah sangat..saya tanya berapa berat baby nurse kata 3.66kg haha saya xpercaya minta husband timbang skali lagi, dia kata betul lah...ehh awal berat hahah, patut bahu tak lepas..
oh ya saya mengenakan seluar bersalin mamapride, walaupun yg sambut baby adalah suami saya :)

Svd and Pph
Primary postpartum haemorrhage (PPH) is loss of blood >500. Bahasa awamnya tumpah darah, PPH ni ada bbrp sebab, husband kata sbb sy kelahiran pertama dan ada sejarah HB rendah ms pregnant. 
Selepas bersalin saya ke toilet utk tukar pakaian yang penuh darah dan bersihkan apa yang patut, saya dipapah oleh suami, belum sempat apa2 saya rasa pening dan pitam, panggil husband semula dlm labor room yang masih sibuk, saya pening dan panggal suami lagi saya rasa spt tidak berpijak, suami datang dgn pantas sambut saya yang longlai hampir jatuh, drama jgk la time ni, lepas tu tak sedar apa berlaku. suami angkat baring kt katil bbrp minit sy sedar semula, sy kehilangan darah yang banyak, sebab tu lah so saya hanya baring berehat..

Dh bersihkan baby, dan kemas sikit peralatan bersalin, husband azan dan iqomatkan anak, ms tu hanya kami berdua bidan suda beredar, terharu nak menitik air mata atas nikmat Allah ini. suami yang baik, dikurniakan jua zuriat permatahati.. Saya capai hp utk maklumkan keluarga kelahiran ini, merajuk la sikit sbb lambat maklumkan, yala suami pn sibuk uruskan saya dan anak sekitar pukul 10 lebih baru dpt maklumkan keluarga & kwn2, alhamdulillah..ucapan tahnian dan syukur.

First class ward
Selesai di labor room, kami masuk ward, alhamdulillah dapat bilik first class jgk guna GL husband, besar selesa ada toilet  hanya ada 2katil utk 1bilik tu (hospital Likas antara yang terbaik fasilitis). Malam tu suami temankan saya tidur dalam ward, nurse ada datag untuk cek baby, tengok suami yang tido dilantai dengan lapik selimut hospital, kemudian dia dtg bawa tilam bantal dan selimut utk suami tido lebih selesa, tq nurse.. hihi daddy kejap2 bagun tengok baby. Sy cuba breast feed tapi susu belum keluar, suami ambikkan susu hospital bagi kt baby mlm tu untuk mengelakkan baby lapar, comel ja tgok dia minum dalam cup feeding..alhamdulillah esoknya susu dh start keluar, pagi-pagi nurse mandikan baby, famly dan kawan datang melawat, kawan-kawan husband pn ada yang singgah menjenguk. start hari tu husband bercuti 7hari hehe gembira sebab dia pun boleh berehat, penat betul keja. Saya menginap 2malam kt ward, memangdangkan MO tak benarkan saya balik awal kerana masih dlm pantauan. Saya ke toilet sebelah suami angkat papah, masih pitam dan tak mampu bediri lama tapi lebih bertenaga dari semalam,  keesokan saya dibenarkan balik yang paling gembira husband la, baby pn xda jaundice so boleh balik dgn tenang. Alhamdulillah

Ucapan terima kasih buat doctor, bidan dan sn yang bertungkus lumus mengurus, merawat dan menyambut baby saya.

[ 28hb Feb 2017 8.15pm
\\Hospital Likas, Kota Kinabalu]
Hafiy Arrifi 3.66kg


daddy azan dan iqomatkan Hafiy

Hafiy baru beberapa jam lahir

seluar bersalin mamapride 

nenek awal pagi datang lawat

boleh tahan kan menu dia 

1 ulasan:

  1. T.kasih atas sharing anda. Berapa caj 1st class wad? U yg minta atau mereka bagi saja? Tq

    BalasPadam