Jumaat, 31 Julai 2015

Dunia itu penjara orang mukmin dan syurga orang kafir

حَدَثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيْدٍ حَدَثَنَا عَبْدُ الْعَزِيْزِ يَعْنِى الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَهَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنٌ الْمُؤْمِنُ وَجَنَّةَ الْكَافِرِ.


Artinya “telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz addarawardi dari al a’la dari ayahnya dari abu hurairah. berkata Rasullullah SAW bersabda : Dunia itu penjara orang mukmin dan surga orang kafir”
Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata, “Maksudnya, setiap mukmin itu terpenjara di dunia, karena dia dilarang mengikuti hawa nafsunya dan mengerjakan yang haram dan makruh, bahkan diwajibkan menaati perintah Allah jalla wa ‘ala yang merupakan perkara berat bagi dirinya, tetapi apabila dia telah meninggal dunia, hatinya tenang karena akan memperoleh imbalan dari Allah subhanahu wa ta’ala.” (Syarah Muslim 18/93)
Dikisahkan bahwa, Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta’ala dulu adalah seorang hakim besar Mesir di masanya. Beliau jika pergi ke tempat kerjanya berangkat dengan naik kereta yang ditarik oleh kuda-kuda atau keldai-keldai dalam sebuah arak-arakan.
Pada suatu hari beliau dengan keretanya didatangani seorang yahudi Mesir. Si yahudi itu adalah seorang penjual minyak. Sebagaimana kebiasaan tukang minyak, si yahudi itu pakaiannya kotor. Melihat perarakan itu, si yahudi itu menghadang dan menghentikannya.
Si yahudi itu berkata kepada Imam Ibnu Hajar :“Sesungguhnya Nabi kalian berkata:“Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan Syurganya orang kafir.” (HR. Muslim)
Namun kenapa engkau sebagai seorang beriman menjadi seorang hakim besar di Mesir, dalam perarakan yang mewah, dan dalam kenikmatan seperti ini. Sedang aku yang kafir dalam penderitaan dan kesengsaran seperti ini.”
Maka Imam Ibnu Hajar menjawab : “Aku dengan keadaanku yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan dunia ini bila dibandingkan dengan kenikmatan Syurga adalah seperti sebuah penjara. Sedang penderitaan yang kau alami di dunia ini dibandingkan dengan yang azab Neraka itu seperti sebuah Syurga.”
Maka si yahudi itupun kemudian langsung mengucapkan syahadat : “Asyhadu anlailaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammad rasulullah.” tanpa berpikir panjang dia memeluk Islam.
gambar sekadar hiasan (penjara dunia)







Misi Dakwah Kundasang, Sabah

6 Julai 2005
Alhamdulillah misi melabuhkan tirai, Muslim Care bersama students PMI UTM Johor dan PMI UM dalam Program Sayang'15, Ranau Sabah. Misi yang panjang bersama penduduk Kampung Mesilau, Kampung Kinandusan dan Kampung Waang dlm suasana ramadhan dan pasca gempa..kedatangan rombongan sgt diraihkan. program kemasyarakatan, mobile clinic, program kanak2, sungkai bersama, tarawekh, tazkirah dll..bestt.. Gegaran masih terasa, Semoga ujian yang datang menambah iman mereka 
‪#‎misikemanusiaantanpasempadan‬ 
‪#‎muslimcaremalaysia
‪#‎prayforsabah‬ 
‪#‎10akhirramadhan‬

Mujahid Abadi di sisi Tuhannya

23 ramadhan
Allahu akbar.. 
Pagi yang redup, seredup hati ketika ini.. Menerima khabaran perginya seorang aktivis Muslim Care di Syria..as syahid Dr. Basyar dalam satu serangan bom di Arihah Syria ketika sedang berbuka puasa semalam 23 Ramadhan (jumaat)... Kami bersama2 dalam Misi Syria Nov lepas. Saya mengenali beliau seorang yang sangat baik hati, mudah melontarkan senyuman kpd sesiapa, wataknya yang ramah menyebabkan kami mudah bergaul. Beliau merupakan Doktor Perubatan lulusan di Universiti Moscow Russia. Saya teringat gurauan mereka untuk mengkanenkan, sy tau itu tidak mungkin. sedangkan dia adalah milik para 'penunggu' syurga 


Masih terkenang saat ana bersama As-Syahid ketika di sempadan Turki-Syria pada bulan 5 baru-baru ni..Dia bercerita dengan wajah yang ceria ,dia sudah bertunangdengan seorang gadis dari Damsyik pilihan keluarga dan Insyaallah akan bernikah selepas Ramadhan nanti.. Dan akan membawa bakal isterinya berpindah ke Turki untuk meneruskan kehidupan di sana..Dr Basyar merupakan lulusan University Moscow dalam bidang Perubatan.. Berasal dari bandar Ariha Idlib utara Syria. Merupakan orang terpenting dalam pasukan perubatan Muslim Care di Syria .dia memilih untuk bersama pejuang walaupun dia mampu untuk hidup senang..berumur 30an ..
Seorang pemuda yang sangat baik.. Sentiasa tersenyum.. Bercakap dgn suara yg perlahan.. Penyabar dan ringan tulang..sentiasa mementingkan orang lain dari diri sendiri...tetapi Allah lebih menyanyanginya..
Terasa sebak bila mendapat berita pemergiannya Suboh tadi 4/7/2015 lebih kurang jam 4.15 pagi (waktu Malaysia) dalam satu serangan pengebom berani mati di dalam Masjid Syeikh Salim di bandar Ariha ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa..lebih 40 jemaah yg lain turut cedera dan terkorban.Semoga Allah merahmatinya.. Muslim Care mengucapkan takziah pada keluarganya dan ini merupakan anggota Muslim Care yg ketiga gugur di Syria.
Gambar Baju kot yang siap ditempah ini merupakan pakaian pengantin yg bakal digunakan nanti selepas Ramadhan..
Tenanglah engkau di sana Sahabt ku...- Ustaz Nazmi Karim






😢😢
..damailah dikau bersama bidadari disana..

انا لله وانا اليه راجعون..