Jumaat, 31 Julai 2015

Mujahid Abadi di sisi Tuhannya

23 ramadhan
Allahu akbar.. 
Pagi yang redup, seredup hati ketika ini.. Menerima khabaran perginya seorang aktivis Muslim Care di Syria..as syahid Dr. Basyar dalam satu serangan bom di Arihah Syria ketika sedang berbuka puasa semalam 23 Ramadhan (jumaat)... Kami bersama2 dalam Misi Syria Nov lepas. Saya mengenali beliau seorang yang sangat baik hati, mudah melontarkan senyuman kpd sesiapa, wataknya yang ramah menyebabkan kami mudah bergaul. Beliau merupakan Doktor Perubatan lulusan di Universiti Moscow Russia. Saya teringat gurauan mereka untuk mengkanenkan, sy tau itu tidak mungkin. sedangkan dia adalah milik para 'penunggu' syurga 


Masih terkenang saat ana bersama As-Syahid ketika di sempadan Turki-Syria pada bulan 5 baru-baru ni..Dia bercerita dengan wajah yang ceria ,dia sudah bertunangdengan seorang gadis dari Damsyik pilihan keluarga dan Insyaallah akan bernikah selepas Ramadhan nanti.. Dan akan membawa bakal isterinya berpindah ke Turki untuk meneruskan kehidupan di sana..Dr Basyar merupakan lulusan University Moscow dalam bidang Perubatan.. Berasal dari bandar Ariha Idlib utara Syria. Merupakan orang terpenting dalam pasukan perubatan Muslim Care di Syria .dia memilih untuk bersama pejuang walaupun dia mampu untuk hidup senang..berumur 30an ..
Seorang pemuda yang sangat baik.. Sentiasa tersenyum.. Bercakap dgn suara yg perlahan.. Penyabar dan ringan tulang..sentiasa mementingkan orang lain dari diri sendiri...tetapi Allah lebih menyanyanginya..
Terasa sebak bila mendapat berita pemergiannya Suboh tadi 4/7/2015 lebih kurang jam 4.15 pagi (waktu Malaysia) dalam satu serangan pengebom berani mati di dalam Masjid Syeikh Salim di bandar Ariha ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa..lebih 40 jemaah yg lain turut cedera dan terkorban.Semoga Allah merahmatinya.. Muslim Care mengucapkan takziah pada keluarganya dan ini merupakan anggota Muslim Care yg ketiga gugur di Syria.
Gambar Baju kot yang siap ditempah ini merupakan pakaian pengantin yg bakal digunakan nanti selepas Ramadhan..
Tenanglah engkau di sana Sahabt ku...- Ustaz Nazmi Karim






😢😢
..damailah dikau bersama bidadari disana..

انا لله وانا اليه راجعون..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan