Rabu, 16 September 2015

Sufiyyun Harakiyyun

Iya benar....Ilmu haraki akan membina jiwa perjuangan dan hamasah yang tinggi pada diri seseorang terhadap Islam, maka ia diseimbangkan dengan ilmu sufiyyah agar lunak dan lembut jiwa kehambaan pada sang Pencipta. Harakah dan sufi tak pernah terpisah, bahkan harakah itu sebahagian daripada metodologi dakwah sufi.

Bekerja lah seolah olah kita akan hidup seribu thn lagi, namun beribadatlah seolah olah kita akan mati esok. Beribadat malam seperti rahib merintih akan dosanya, siangnya seperti singa dirimba menegakkan kebenaran, berjuang.

Sejarah Ikhwanul Muslimin.Al-Imam Hassan al-Banna ialah seorang sufi. Lahir daripada keluarga dan persekitaran sufi. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna seorang ulama' sufi yang zuhud. Imam Hassan al-Banna mengambil tarbiyyah sufi daripada guru beliau, al-Arifbillah Sheikh as-Sayyid Muhammad Abdul Wahab al-Husofi dalam Tariqat al-Syazuliyyah al-Husofiyyah. Beliau juga selalu berdamping dengan para ulama' sufi pada waktu itu, antaranya al-Arifbillah Sheikh Yusuf ad-Dijwi,al-Arifbillah al-Muhaddith Sheikh Muhammad Hafiz at-Tijani,al-Arifbillah Sheikh al-Azhar Dr.Abdul Halim Mahmud al-Syazuli dan al-Arifbillah Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Begitu juga dengan Shaykh Sa'id Hawwa, salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin.Di antara guru beliau ialah guru kepada guru kami (Shaykhuna al-Habib Yusuf Muhyuddin Riq al-Bakhour al-Hasani al-Husaini), iaitu al-Arifbillah as-Sayyid Muhammad al-Hasyimi al-Hasani al-Jaza'iri al-Syazuli.Shaykh Sa'id Hawwa ada mengarang sebuah kitab yang menghuraikan Hikam al-Imam Ibn Atha'illah al-Iskandari asy-Syazuli.
Almarhum Sheikh Izzuddin al-Qassam,yang namanya diabadikan oleh pejuang Palestin...beliau bukan sahaja seorang mujahidin, bahkan beliau seorang murobbi sufi dalam Tariqat al-Syazuliyyah. Bapa beliau, Sheikh Abdul Qadir al-Qassam dan datuk beliau, Sheikh Mustafa al-Qassam merupakan sufi dalam Tariqat al-Qadiriyyah.Begitu juga Sultan Salahuddin al-Ayyubi.Madrasah Imam al-Ghazali dan Madrasah al-Imam Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani al-Husaini (Tariqat al-Qadiriyyah) banyak mempengaruhi perjuangan jihad beliau. Juga Sultan Muhammad al-Fateh dimana guru beliau al-'Arifbillah Sheikh Syamsuddin al-Wali al-Naqsyabandi banyak mempengaruhi beliau dalam usaha menakluk Kota Konstantinopel.
 
Ilmu Sufi dan Haraki tak pernah terpisah. Perjuangan harakah dan mana-mana Pertubuhan Islam sama ada luar negara mahupun dalam negara dan sebagainya memerlukan kekuatan jiwa untuk menghadapi cabaran mendatang. Dakwah ini punya pelbagai cara, dan berbeza-beza. Bahkan sejarah telah menuliskan bahawa peranan dakwah dan perjuangan banyak dibawa oleh ulama'-ulama' sufi, seperti perjuangan dakwah Wali Songo dan para habaib umpamanya. 
 
sekian. 

Sabtu, 12 September 2015

Leraikankan air mata

Musafir yang panjang, langkah kaki agak longlai mungkin sedikit letih selepas berprogram selama seminggu di Terengganu dgn pelajar Europe kemudian, 4 hari di Kelantan bersama pelajar medic Mesir sempena cuti semester mereka..aku seperti biasa melunaskan tanggungjawab sebagai sukarelawan tetap menyantuni mereka, memberi semangat dan dorongan supaya sentiasa bersemangat dlm merelakan diri dlm setiap kerja dakwah yang dilakukan. Aku meniti diri akan apa yang aku peroleh dlm permusafiran kali ni, pengalam dan kenalan itu sudah pasti, bergaul dan bersilaturrahim :)


Kali ini terasa letih agak menuncak. Seminggu setengah di Pantai Timur melunaskan misi program, cuma agak terasa juga semenjak dua ini selalu sahaja bersendirian..ya, digagahi jgk langkah walau keseorangan. Aku dapat rasa enaknya berseorangan akan terbinalah jiwa tenang dan kuat tanpa ada pengharapan selain Tuhan. Bahagia merasa, spt sj bermolonog bersama Tuhan. Dalam perjalanan aku cuba memuhasabah diri, kali ini rasa lemah ntah kenapa ada sesuatu yang meresahkan jiwa, aku cuba muhasabah diri, melihat awan yang sentiasa berarak, melihat bukit bukau yang mencantikkan lukisan alam.. Aku tewas, rupanya air mata ingin merentasi kelopak mata. Ya kadang kita perlu menangis menguraikan makna dlm hati sanubari yang kita tidak mampu ceritakan kepada segenap manusia..mgkn cara untuk aku muhasabah, terlalu bnyk kebaikan yg Allah anugerahkan cuma terkadang kita kurang menghargai dan bersyukur. Terima kasih wahai Allah atas segala nikmat.

Sekadar meluah. Sekian.

Catatan pada 17 Ogos 15. Kelantan-Shah Alam

Jumaat, 31 Julai 2015

Dunia itu penjara orang mukmin dan syurga orang kafir

حَدَثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيْدٍ حَدَثَنَا عَبْدُ الْعَزِيْزِ يَعْنِى الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَهَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنٌ الْمُؤْمِنُ وَجَنَّةَ الْكَافِرِ.


Artinya “telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz addarawardi dari al a’la dari ayahnya dari abu hurairah. berkata Rasullullah SAW bersabda : Dunia itu penjara orang mukmin dan surga orang kafir”
Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata, “Maksudnya, setiap mukmin itu terpenjara di dunia, karena dia dilarang mengikuti hawa nafsunya dan mengerjakan yang haram dan makruh, bahkan diwajibkan menaati perintah Allah jalla wa ‘ala yang merupakan perkara berat bagi dirinya, tetapi apabila dia telah meninggal dunia, hatinya tenang karena akan memperoleh imbalan dari Allah subhanahu wa ta’ala.” (Syarah Muslim 18/93)
Dikisahkan bahwa, Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta’ala dulu adalah seorang hakim besar Mesir di masanya. Beliau jika pergi ke tempat kerjanya berangkat dengan naik kereta yang ditarik oleh kuda-kuda atau keldai-keldai dalam sebuah arak-arakan.
Pada suatu hari beliau dengan keretanya didatangani seorang yahudi Mesir. Si yahudi itu adalah seorang penjual minyak. Sebagaimana kebiasaan tukang minyak, si yahudi itu pakaiannya kotor. Melihat perarakan itu, si yahudi itu menghadang dan menghentikannya.
Si yahudi itu berkata kepada Imam Ibnu Hajar :“Sesungguhnya Nabi kalian berkata:“Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan Syurganya orang kafir.” (HR. Muslim)
Namun kenapa engkau sebagai seorang beriman menjadi seorang hakim besar di Mesir, dalam perarakan yang mewah, dan dalam kenikmatan seperti ini. Sedang aku yang kafir dalam penderitaan dan kesengsaran seperti ini.”
Maka Imam Ibnu Hajar menjawab : “Aku dengan keadaanku yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan dunia ini bila dibandingkan dengan kenikmatan Syurga adalah seperti sebuah penjara. Sedang penderitaan yang kau alami di dunia ini dibandingkan dengan yang azab Neraka itu seperti sebuah Syurga.”
Maka si yahudi itupun kemudian langsung mengucapkan syahadat : “Asyhadu anlailaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammad rasulullah.” tanpa berpikir panjang dia memeluk Islam.
gambar sekadar hiasan (penjara dunia)







Misi Dakwah Kundasang, Sabah

6 Julai 2005
Alhamdulillah misi melabuhkan tirai, Muslim Care bersama students PMI UTM Johor dan PMI UM dalam Program Sayang'15, Ranau Sabah. Misi yang panjang bersama penduduk Kampung Mesilau, Kampung Kinandusan dan Kampung Waang dlm suasana ramadhan dan pasca gempa..kedatangan rombongan sgt diraihkan. program kemasyarakatan, mobile clinic, program kanak2, sungkai bersama, tarawekh, tazkirah dll..bestt.. Gegaran masih terasa, Semoga ujian yang datang menambah iman mereka 
‪#‎misikemanusiaantanpasempadan‬ 
‪#‎muslimcaremalaysia
‪#‎prayforsabah‬ 
‪#‎10akhirramadhan‬

Mujahid Abadi di sisi Tuhannya

23 ramadhan
Allahu akbar.. 
Pagi yang redup, seredup hati ketika ini.. Menerima khabaran perginya seorang aktivis Muslim Care di Syria..as syahid Dr. Basyar dalam satu serangan bom di Arihah Syria ketika sedang berbuka puasa semalam 23 Ramadhan (jumaat)... Kami bersama2 dalam Misi Syria Nov lepas. Saya mengenali beliau seorang yang sangat baik hati, mudah melontarkan senyuman kpd sesiapa, wataknya yang ramah menyebabkan kami mudah bergaul. Beliau merupakan Doktor Perubatan lulusan di Universiti Moscow Russia. Saya teringat gurauan mereka untuk mengkanenkan, sy tau itu tidak mungkin. sedangkan dia adalah milik para 'penunggu' syurga 


Masih terkenang saat ana bersama As-Syahid ketika di sempadan Turki-Syria pada bulan 5 baru-baru ni..Dia bercerita dengan wajah yang ceria ,dia sudah bertunangdengan seorang gadis dari Damsyik pilihan keluarga dan Insyaallah akan bernikah selepas Ramadhan nanti.. Dan akan membawa bakal isterinya berpindah ke Turki untuk meneruskan kehidupan di sana..Dr Basyar merupakan lulusan University Moscow dalam bidang Perubatan.. Berasal dari bandar Ariha Idlib utara Syria. Merupakan orang terpenting dalam pasukan perubatan Muslim Care di Syria .dia memilih untuk bersama pejuang walaupun dia mampu untuk hidup senang..berumur 30an ..
Seorang pemuda yang sangat baik.. Sentiasa tersenyum.. Bercakap dgn suara yg perlahan.. Penyabar dan ringan tulang..sentiasa mementingkan orang lain dari diri sendiri...tetapi Allah lebih menyanyanginya..
Terasa sebak bila mendapat berita pemergiannya Suboh tadi 4/7/2015 lebih kurang jam 4.15 pagi (waktu Malaysia) dalam satu serangan pengebom berani mati di dalam Masjid Syeikh Salim di bandar Ariha ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa..lebih 40 jemaah yg lain turut cedera dan terkorban.Semoga Allah merahmatinya.. Muslim Care mengucapkan takziah pada keluarganya dan ini merupakan anggota Muslim Care yg ketiga gugur di Syria.
Gambar Baju kot yang siap ditempah ini merupakan pakaian pengantin yg bakal digunakan nanti selepas Ramadhan..
Tenanglah engkau di sana Sahabt ku...- Ustaz Nazmi Karim






😢😢
..damailah dikau bersama bidadari disana..

انا لله وانا اليه راجعون..

Isnin, 8 Jun 2015

Expedisi dan Ziarah Mahabbah LB


Hampir 6 bulan misi banjir dijalankan selapas banjir besar melanda negara kita terutama di negeri Pantai Timur. Akhirnya,,,,dapat tarikh untuk Misi Ziarah Muslim Care ke Long Busang,setelah beberapa kali ditunda..persiapan yang singkat utk menyiapkan keperluan misi kali ini...ini misi aku yang kedua kesana, sesiapa yang penah pergi akan rasa untuk terpanggil kesekiankalinya untuk kembali...apa yang paling seronok??

kali ini anggota misi di sertai hampir 30 orang, 10 orang team Muslim Care dari semenanjung, 3 orang daripada Sabah, beberapa orang team daripada team Urusetia Saudara Kita (USK) Kapit Sarawak, dan beberapa orang lg sukarelawan daripada kalangan guru semenanjung yang berkhimad di Sarawak.

Perjalanan untuk sampai ke kampung ini memakan masa selama sehari. So untuk perjalanan saja sememangnya spend time selama 2hari untuk pergi dan balik, selebihnya kami berprogram bersama penduduk.

Kami bertolak pada 30 April 2015 dengan menaiki kapal Air Asia rombongan daripada semenanjung seramai 9 orang, kami di sambut wakil MC di Airport Sibu, jumlah anggota misi keseluruhannya hampir mencecah 30 orang. kami meneruskan perjalanan pada keesokan harinya jadual bot daripada terminal ke Kapit seawal jam8 pagi perjalanan kami memakan masa selama 8 jam untuk sampai ke kawasan Putai. Untuk sampai ke kampung tersebut, kami menaiki double cab yang mengambil masa selama 4 jam berikutnya. 4buah double cape, dan kami muslimat kesemuanya manaiki satu double cabe. Perjalanan cukup mencabar melalui jalan balak yang merentasi lereng- lereng bukit serta curam sepanjang perjalanan. Apa yang menarik sepanjang perjalanan kami duduk di belakang kereta pacuan 4roda tersebut sambil menikmati pemandangan alam yang damai, sungguh menenangkan jiwa..berzikir, bernyanyi bersama membuat hati kami sangat riang.

Pukul 9 malam barulah kami tiba di kampung LB, kami di sambut oleh masyarakat kampung beragama islam, mereka meraih kami dengan penuh ramah, makanan yang di hidangkan sangat istimewa, semua daripada hasil tangkapan dan tanaman orang kampung sendiri.

Saya di fahamkan penduduk muslim di sini minority, hanya ¼ sahaja yang beragama Islam, namun pada pengamatan saya kehidupan mereka sangat harmoni tanpa mengira perbezaan agama.

Kami menginap di rumah ketua kampung, yang merupakan ketua ruai. Rumah panjang yang unik dan juga menjadi tempat perhimpunan/ perjumpaan mereka sekiranya ada majlis keramaian. Apa yang menarik kebudayaan mereka yang sentiasa dijaga keasliannya menjadi tarikan kepada masyarakat luar. Ada satu jenis tarian yang dipanggil tarian panjang, mereka mempelawa para tetamu untuk turut sama dalam tarian tersebut sehingga menjadi satu barisan yang panjang, tarian ini banyak menggunakan hentakan kaki saja dan diketuai oleh seseorang sambil memegang alat tradisional mereka..hihi menarik…kami turut serta dalam tarian panjang tersebut..

Pada keesokan harinya, kami meneruskan agenda utama iaitu program kesihatan kepada semua penduduk kampung tanpa mengira perbezaan agama. Kehadiran doctor-doktor dalam misi kali ini memberikan perkhidmtan kesihatan secara percuma kepada penduduk antaranya pemeriksaan
kesihatan, pemeriksaan dan cabutan gigi, sunathon kakan-kanak dan dewasa, di samping program kemasyrakat lain seperti game bersama remaja, pertandingan melukis kanak-kanak, smart learning dan juga smart solat kepada kanak-kanak dan dewasa. Sepanjang berada di sana kami cuba mengimarahkan masjid dengan pelbagai program dan pengisian rohani, Alhamdulillah mendapat smbutan daripad penduduk muslim. Program dijalankan selama dua hari, program kemasyarakan ini turut disertai oleh masyarakat non muslim. Walaupun kepenatan namun kami puas

Suku kaum mereka adalah Kenyah, Kenyah adalah etnik Bumiputera Sarawak yang termasuk rumpun Orang Ulu yang berasal dari daerah Baram, Sarawak. Semasa pemerintahan Brooke meluaskan kuasa ke daerah Baram, masyarakat Kenyah sebahagiannya berundur ke Kalimantan dan sebahagian lagi bertahan di Baram.
Rumah rumah tinggal mereka masih khas. Uma Da’du atau Lamin adalah rumah asli peninggalan masyarakat  Kenyah yang masih utuh. Rumah adat ini dibuat dari kayu belian, beratap sirap. Lamin di hiasi lukisan daun paku pakis dengan  warna kuning, putih, merah dan hitam yang menjadi identiti masyarakat Sarawak sekarang . Mereka juga dikenal mahir membuat manik-manik bercorak indah dan pemahat handal patung hiasan.

Hubungan kekerabatan mereka mengikuti garis keturunan bapa. Dalam satu rumah panjang dapat dijumpai hidup beberapa keluarga, mulai dari orang tua, anak, cucu dan  sepupu Dahulu kala sebuah rumah panjang dengan mempunyai lebih daripada 60 buah rumah lainnya. malah dapat menampung lebih dari seribu orang,

Namun demikian mereka tetap taat pada adat  yang sehari-hari dikendalikan oleh pemimpin mereka. Di dalam rumah panjang, pemimpin menempati rumah di bahagian  bagian tengah. Bagi mereka, pemimpin adalah orang yang dipilih menurut garis keturunan bangsawan, menurut kepercayaan yang ditinggalkan ketika mereka bersama-sama dengan masyarakat Brunei.

Suku  Kenyah, sebagian besar beragama Kristian. Sebagian kecil, terutama orang tua, masih ada yang animisme. Seiring dengan peredaran zaman, penganut  islam sudah mulai muncul terutamanya di Long Busang dan di Belaga.

Mata pencarian mereka umumnya adalah bertani. Umumnya, sebagai pemungut hasil hutan dan peladang. Masyarakat  Kenyah tetap mempertahankan budaya leluhurnya, seperti menenun, mengukir, dan membuat aneka kraf tangan. Masyarakat Kenyah juga sangat terkenal dengan seni tari tradisionalnya seperti : tari datun julut, kanjet pepatei/tari perang, Kancet Punan Lettu, Kancet Nyelama Sakai, Hudog, Manyam, Pamung Tawai, Burung Enggang, dan tari Leleng, dan lain lain. selain bahasa Kenyah mereka juga menggunakan bahasa Melayu.

Berbalik kepada cerita pengalaman saya, pada petang hari, kami (min, kak nim,kak maria,kak ada) meneruskan agenda menikmati tempat menarik di kampung ni, terdapat sekolah bersebelahan kampung berada diatas bukit sedikit, pamandangan yang cukup cantik, di hiasi alam sekeliling yang menghijau juga sungai kecil yang sentiasa mengalir jenih. Dihiasi 2 buah rumah panjang behadapan padang, rumah panjang yang menjadi lambang kebudayaan etnik kenyah di LB.. setelah bersiar2 kami di pelawa oleh seorang makcik yang cukup baik pada pengamatan saya, dia mengajak ke rumahnya, apa yang menarik dia memperkenalkan pakaian dan alat-alat etnik kenyah yang menjadi kebudayaan dan kebanggaan masyarakat. Lagi menarik makcik yang di kenali sbagai makcik Ros (bkn nama sebenar) mempelawa kami untuk mengenakan pakaian tradisi etnik Kenyah, pakaian wanita Kenyah sangat cantik dan unik, perubahan zaman pakaian tersebut di adaptasi mengikut tuntutan Islam bagi yang beragama Islam, pakaian menutup aurat tetapi tema dan kebudayaan dikekalkan…hihi best sgt…kami balik dengan wajah kepuasan. Dalam hati kami berbisik ada sesuatu yang hajat telah dipenuhi..ada kenangan sebab sempat ambik gambar banyak-banyak ;P


Malam tersebut majis penutupan bersama penduduk kampung, jamuan bersama, penyerahan sumbangan kepada 70 keluarga, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan perembahan daripada penduduk kampung..kami melambai mesra kepada mereka namun dalam hati ada kesedihan yang tersimpan..kami berniat untuk kembali ke sini lagi...

Tepat jam 11malam kami bertolak ke Putai, perjalanan 4 jam dan kami di jangka sampai pukul 3  subuh. Sepanjang perjalanan yang gelap, sejuk, jalan berliku kami diuji dengan hujan lebat..huhu..memandangkan baju hujan telah di gunakan semasa pergi, kami semua menggunakan plastic sampah untuk membalut tubuh dari kebasahan, masing-masing melyan perasaan..kesian,tp lucu pun ada hehe..hampir 2jam mengharungi hujan sebelum sampai ke Putai untuk menanti bot yang akan gerak ke Sibu pada pukul 5 pagi..semua basah kuyup huhu..

perjalanan dari putai ke Sibu mengambil masa 8 jam, sepanjang perjalanan aktiviti kami adalah makan, tido, cerita diulangi sampai beberapa kali haha....disamping pengisian masing2 membaca buku dan quran...ahamdulillah sekitar pukul 2 kami tiba di jeti Sibu.

petang itu, sahabat sabahan bertolak awal, memandangkan tiket mereka awal, dan team semenanjung bertolak malam, last flight...

walaupun penat tapi semua puas...

sekitar pukul 12 kami selamat tiba d klia, sebelum bertolak ke rumah saya dapat hadia drpd someone sempena hari jadi...hihi..hepy brithday to me 05052015 :) :)




Amina Tahir
05052015
Kapit, Sarawak

Rabu, 22 April 2015

Aku Terus Terbang.....



Sejak waktu tidak berganjak
Disanala sanubari berbisik
Sunyi sepi tidak terluah
Cermin ilusi diatas khayalan
Melihat lautan melambai warna
Di celah kaki menjejak karya-karyaNYA

Di mana aku berada?
Di mana jiwa merantau jauh
Di saat hidup mengharap sempurna

Sungguh jelita permaidani hidup ini
Tebarkan pesona cakrawala
Tak jemu di pandang luasnya alam……




19 Mac 2015
Pantai Rusila, Terengganu

Aku Dan Syria : Bila Allah Merezekikan

Allah menciptakan doa agar manusia mengharap kebaikan hari-hari mendatang..setiap kita tidak tahu nasib bagaimana, persoalan jodoh, rezeki, ajal semua atas ketentuan Tuhan.. menerusuri hidup dengan hanya berpegang pada keyakinan dan janji Allah siapa yang berusaha pasti mendapat. Aku mengorak langkah demi suatu usaha, meninggalkan bumi kelahiran mencari erti hidup di negeri asing...janji Allah itu pasti.
Tidak pernah terlintas di pikiran akan menjejak Bumi Anbiya' Bumi Syria, ku fikir itu hanya angan angan kosong yang tidak mungkin, apakah aku selayaknya... tp mana mungkin kita menidakankkan takdir Allah.
Ketika mula berkhidmat sebagai staff Muslim Care, aku pernah bertanya pada seorang yang ku anggap seorang yang bersungguh dalam kerja dakwah, Hj Razak. Bagaimana bulih untuk sampai ke Syria atau Palestin, apakah kretiria yang perlu untuk melayaakkanya ke sana..dia membalasnya hanya 'doa'.. saya senyap, benar tiada apa yang mengizinkan melainkan dengan kehendak Allah..
Kerja bersama NGO Kemanusiaan sememangnya melaksanakan kebajikan. Gembira bekerja sambil beramal, melihat kesusahan orang sentisa refresh rasa syukur pada ALLAH...alhamdulillahh! Bila kerja kena dengan jiwa semestinya jadi siuk kan..

Bermusafir. seperti selalu,  memilih kerusi di tepi tingkap adalah kesukaanku, saat kenderaan mula memacu membelah liku-liku jalan maka bermulalah pelayaran mindaku melihat alam seluas pandangan.. berbicara bersama alam seperti saja dia memahami hati, terkadang sedih adakala duka, melihat dedaunan pokok-pokok kehijauan, gunung-gangang dan awan lelangit membuat hati sentiasa terhibur..indahnya mereka...selalu saja melihat keceriaan yang membuat hatiku sentiasa tenang..apatahlagi menyebut nama Tuhan sambil melihat kewujudan alam indah ini. Aku pernah melalui hari-hari luka, begitu juga hari bahagia, berbicara dengan alam tentang agungnya Tuhan saangaaat mendamaikan hati menghembus beban yang tertanggung. Setiap kali bermusafir, akan ku berdoa kepada Tuhan, agar DIA izinkan aku memijak Bumi Anbiya suatu hati nanti, memudahkan urusanku, bertemu jodoh yang soleh, berjaya dunia akhirat...agar juga supaya setiap tumbuh-tumbuhan dedaun, batu, pepasair turut mendoakan aku..alam ini makhluk Allah yang sentsa berzikir....sedang kita sering leka dan alpa.

Aku mendengar misi Muslim Care ke Syria, hatiku melonjak mahu, melihat posisiku mana mungkin boleh, aku yang baru berkhidmat 4 bulan dibandingkan senior dan para astizah yag lebih selayaknya...senyap dalam berdoa.. namun, pada satu malam aku mendapat mesej whatsapp bertanyakan kalau sekiranya sy ini mempunyai pasport antarabangsa, aku berfikir sesuatu lantas  membalasnya 'tiada', "bagaimana kalau sekiranya Amina terpilih utk Misi Kemanusian ke Syria" tanya seorang exco MC aku melonjak girang dalam hati cuba menahan sebak, Ya Allah engkau mendatangkan rezeki yang tidak mungkin aku fikirkan ke tahap ini...subhanallah, alhamdulillah sujud syukur buat Tuhanku yang Maha Pemurah. Siang itu aku mula buat searching memandangkan pertama kali menguruskan passport, walaupun ada sedikit maslah menyebabkan hatiku teruji sedikit, passport agak lambat siap memandangkan aku pertama kali buat dan bukan di negeri sendiri ada prosidur yang perlu dipenuhi mengambil masa seminggu lebih dibandingkan kebiasaanya proses hanya sejam. Seminggu sebelum perjalanan ke Syria barulah passport siap, alhamdulillah Allah menguji hati supaya lebih kuat pergantungan.

Alhamdulillah..tinggal lagi persiapan barang peribadi dan keperluan sumbangan misi, antara objektif misi kali ini adalah membantu sekolah untuk anak-anak pelarian Syria yang diusahakan oleh Muslim Care Malaysia di Sempadan Turkey-Syria. Memberikan bantuan makanan, perubatan, pakaian untuk persediaan menghadapi musim sejuk. Membantu operasi kilang roti yg diberikan secara percuma pada rakyat. Menyasarkan kutipan sebanyak RM500K untuk diagihkan kepada rakyat Syria melalui Misi ini. Kami dipahamkan setibanya disana kami akan mengalami fasa pra musim sejuk 5-10 darjah celcius, baju sejuk, pelembap dan serta keperluan sumbangan lain aku siapkan.

15hb Nov jam 8.30 malam kami berangkat, semua saja ditemani keluarga sendiri, aku.....walaupun hanya ada keluarga Muslim Care sudah cukup mengharukan hatiku..kak Adda, kak Uyun, Mas, Zati keluarga terdekatku di sini..aku menelefon Mak, mendengar kata-kata Mak melalui telefon nasihat dan doanya dari sana utk perjalanan kali ini...sempat Mak memberi nasihat 'jangan pergi kawasan perang ya nak' ayat yang buat aku sedikit sentap ketika ini, Bapa pun begitu kerisauan yang amat setiap malam solat hajat akan keselamatnku sepanjang berada di sana.. walaupun aku sudah beri kepercayaan penuh pada Mak dan Bapa untuk pergi.  Aku tahu langkah ini langkah tawakkal sedang Syria itu bumi bergolak dengan peperangan, macam-macam boleh berlaku..selepas menjelaskan segalanya mak melepaskan dengan redha dan doa..alhamdulillah...
Aku rasa kerdil, anggota misi kali ini bersama para selebriti dan asatizah, muslimat hanya aku dan Ija Heliza sejja, aku menemani dia kali ini..Fazdli Unic, Ustaz Syed Kadir, Aziz M.Osman, Ustaz Nazmi Smeckdown, Hj Sham..niat yang satu, Lillahi Taala..kami bersama-sama meneruskan misi.
Masjid Sultan Ahmaed Al Fateh . Masjid Biru, Turki

KL-Turkey-Syria
Kami menaiki Turkish Airlines, perjalanan mengambil masa 11jam setengah untuk sampai ke Ataturk Airport Turkey.. Perjalanan misi kali ini mengambil masa 11.30 jam penerbangan untuk sampai ke Istanbul Turki, transit 12 jam sebelum penerbangan ke Hatay, Turki. Kami sempat menziarahi masjid Sultan Al Fateh, masjid dan maqan Abu Ayub Al Ansari juga Allayarham Ammar di pusat bandar Istanbul..suasana sejuk, baju tebal pun belum dapat hangatkan kulit orang Asia huhu. Jalan-jalan dibandar Istanbul Turkey sangat mengembirkan, sesuatu yang tak pernah sy sangka melainkan hanya angan2 kosong.. Turkey di bawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan mula menampakkan perubahannya pada perkembangan Islam, hampir semua wanitanya memakai tudung berbanding 3,4 tahun lepas seperti yang ustaz Syed beritahu..yang paling best baju orang Turkey lawa2 hahaha mata saya dan Ija ketika itu sudah pun melilau beberap design baju utk bajet shopping kikiki ;P...tapi ketika itu masa tidak mengizinkan lagi masa yang singkat itu kami penuhi dengan ziarah tempat2 sejarah.
Yang menariknya Turkey ini selain namanya yeng penuh dengan sejarah Konstantinopel dan Sultan al Fateh, juga mula di kenali dngan tanah Europe muslim yang kian berkembang.. Kami bertemu adik Muhammad yang suatu ketika dulu terkenal dengan bacaan hafazannya yang sedap di kaca tv RTM, kini beliau melanjutkan pengajian di sebuah Universiti Turki. beliau adalah sahabat kepada allahyarham Muhammad Ammar.
Pukul 7 pm kami dijadulkan untuk meneruskan penerbangan ke Hatay Reyhanli Turki (daerah sempadan Turki-Syria)..penerbangan hanya mengambil masa sejam setengah untuk sampai..alhamdulillah setibanya kami di sambut dengan penuh ramah oleh warga pendidik di Maahad Muslim Care. Sebelum menaiki kenderaan tersebut Ustaz Nazmi ada memesan untuk mengucap Kalimah Syahadah sebab orang arab drive sangat laju tanpa rasa bersalah huhu...fuuh kami sampay juga dengan selamat, alhamdulillah..

17 Nov Rayhanli, Turkey
Aktiviti kami bermula pada hari ini, bermula solat subuh berjemaah di rumah Muslim Care diiringi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Nazmi Karim, selepas tazkirah UNK memberi penerangan berkeaan isu sebenar yang berlaku Syria, penerangan yang mengambil hampir 20 minit dengan menggunakan peta bumi Syam membuat kami semakin memahami isu yang berlaku. Hari ini juga kami dijadualkan untuk memasuki Syria. Biiznillah. dengn izin Allah..


Penerangan Berkenaan Konflik Syria, Petanda Akhir Zaman Oleh Ust Nazmi Karim

Petanda akhir zaman telah disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda menyebut dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di 
kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu 
pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika 
mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tibatiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA). Nabi kata, ALLAH akan menghantar 
tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti 
di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku di belah negara Syria dan Syam.

Tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria
Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria 
berdasarkan hadis Rasulullah SAW. 
Baginda bersabda, Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiapsiap untukmenyambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi 
Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. 
Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh 
dan disambut oleh Imam Mahdi.
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak 
khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga 
muncullah Imam Mahdi. Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti
nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan 
dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai 
mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan 
utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh 
Dajjal.
Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang 
sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah
 akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini,telah disebut dalam hadis Nabi saw
Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. 
Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa. Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. 
Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim. Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. 
Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran.  Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. AlTayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi 
semasa hendak perang dan sembahyang.
Pada Mei 2012, NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang 
ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali AsSobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  ruparupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang 
mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh 
sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan 
negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan 
keluar dari Isfahan, Iran. Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada 
keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal.  Satu lagi, di Syria, Bashar 
berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. 
Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di 
Iran. Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang 
menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi
 atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.
Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik.
Ulama Palestin Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria. InsyaALLAH dikatakan tentera juga dari 
tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid alAqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam 
Mahdi. Kubur Salahuddin di Syria, betulbetul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan 
Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan 
Fatimiyyah.

Keistimewaan Syria sebagai sebuah negara Syam
Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam 
kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.
Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat arRahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).
Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya alMalhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik).
Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).
Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria 
ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.
Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Merekamenjawab: “Tiangtiang alKitab. Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al Kitab muncul dari bawah. 
Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk
 bumi. Maka penglihatanku mengikutinya. Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga
 sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga 
tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh 
at-Tabrani.
Nasihat Ustaz, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang 
hendak mempertahankan hak dan akidah mereka. Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat
 isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.
Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan 
kemenangan untuk Islam.

Begitulah penerangan ringkas namun padat dengan segala ilmu dan pengetahuan berkenaan konflik Syria

Persembahan anak-anak Syria, menyambut kedatangan warga Muslim Care Malaysia
Pagi ini anggota misi dijadualkan menziarahi sekolah Muslim Care yang menempatkan anak-anak pelarian Syria di Reyhanli @ Raihaniyyah, Turki. Ziarah kami di sambut dengan penuh meriah oleh anak-anak madrasah yang sangat menghiburkan, mereka membuat persembahan nyanyian dan ucapan pembukaan sebelum membawa kami menziarah setiap kelas bagi sesi beramah mesrah bersama pelajar dan warga pendidik, agihan gula-gula kepada kanan-kanak ini. Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka ini sangat memberi kepuasan kepada kami.
Bersama anak-anak Syria, Sekolah Muslim Care, Reyhanli Turkey
Seusai ziarah, kami mengadakan sesi dialog bersama pengerusi sekolah dan warga pendidik untuk penambahbaikan sekolah ini. Apa yang menggembirakan sebuah lagi sekolah Muslim Care telah dibina bagi memenuhi keperluan anak anak pelarian Syria yang semakin ramai.
Pada tengahari, kami menziarahi seorang balu yang juga merupakan tenaga pengajar di sekolah Muslim Care. Beliau kematian suami 2minggu lepas setelah di penjarakan selama dua tahun oleh tentera Bashar Assad atas tuduhan melawan ketenteraan, beliau mempunyai empat orang anak perempuan yang masih kecil, Houda dan Syaimah anak kecil yang rapat dengan saya, membuat sy sangat senang hati bila bersama mereka. Saya dan Ija berada di rumah mereka hampir setengah hari sementara menunggu keputusan Border Turki di buka untuk ke negara Syria, kami beramah mesra bersama adak-ana kecil ini, menari, bernyanyi bermain..sungguh menghiburkan, yang paling best bila anak2 ni seramai 6 orang mengajar kami menyanyi dan menari lagu Syria….sungguh mengasyikkan hihi..
Selepas itu, kami di bawa melawat kedai runcit yang diusahakan oleh wakil Muslim Care yang beroperasi di pekan Rayhanli, kedai runcit ini merupakan inisiatif mereka sekiranya bantuan tidak sampai, maka kedai runcit ini akan memenuhi keperluan makanan pelajar dan gaji tenaga pelajar inilah antara kebijaksaan mereka dalam mengurus persekolahan ini dalam jangka masa panjang.
Pada hari ini juga kami dijadualkan untuk memasuki Syria, border akan buka mengikut imigresen Turki entahkan bila border ini laluan untuk NGO sahaja dan pasport kami tidak perlu cop imigresen. Misi kali ini turut mendapat kerjasama daripada NGO HYHA yang merupakan NGO terbesar di Turki. kami menunggu sehingga ke petang, semua menanti dengan kesabaran dan doa. Alhamdulillah, kami di khabarkan pintu sempadan akan di buka pada pukul 6pm. Perjalanan kami ke sempadan mengambil masa 1jam daripada Reyhanli.
Keadaan gelap dan sesak membuat kami sangat berhati hati, hanya beberapa langkah sahaja kami sudah pun memasuki bumi Syria dan pintu sempadan di tutup hanya beberapa minit selepas itu. Suasana yang bagaikan berubah, saya sebak rasa syukur yang tidak terhingga Allah memudahkan perjalanan. Kini aku memijak bumi anbiya Syria :’( Kami di sambut oleh wakil Muslim Care di Syria, keselamatan kami di jaga dengan baik. Suasana dingin yang ketika itu sangat memilukan hati melintasi khemah-khemah pelarian yang sanagt dhaif, hanya berbumbungkan kanvas dan berlantaikan tanah, mahasuci Tuhanku luluh hatiku.. perjalanan kami diteruskan sehingga sampai di daerah Saraqeb, Syria. aku agak terkejut walaupun mencuba untuk siapkan fizikal mental untuk kesini namum bila melihat senapang itu hanya ada di mana2 saja membuat hatiku berdebar sedikit..inilah hakikat negara perang, senapang sejata tu hanya ada dimana2 dalam kereta, dalam rumah hatta dalam bilik yang kami tidurpun ada beberapa senjata tersadai…fuhh sangat menguji mental..suasana yang sibuk, perhubungan mereka menggnakan walkie talkie, setiap beberapa minit mereka akan update perkembangan kawsan yang telah pun kena bom atau kena serang.. kami dikawal rapi, setiap pergerakan akan dimaklumkan samada kawasan itu selamat atau tidak untuk dilalui. Sempat ustaz Nazmi berseloroh dengan kami dalam perjalanan ‘Ija dan Amina perempuan Malaysia paling berani coz masuk Syria ketika ini’ kami berbalas senyuman…Alhamdulillah, bila Allah mengkehendaki..

Saya cuba memahami suasana yang berlaku..malam itu kami sampai di sebuah rumah yang merupakan salah seorang anggota keselamatan yang mengawal kami. Saya dan Ija bersalaman bersama isteri dan anak mereka, kami diberi layanan yang istimewa sehinggakan mereka mempelawa kami untuk tidur di atas katil sedangkan mereka tidur di atas lantai, kami cuba menolak tp ketegasan meraka dalam meraih tetamu membuat kami akur….malam pertama di bumi Syria, Allahu sejuk yang amat…di sebabkan kepenatan kami terlelap..

18 Nov. Pagi yang dingin, kami diberitahu cuaca pagi itu 5 darjah celsius, sejuk yang teramat bagi kulit orang Malaysia. Kami bersarapan hidangan yang belum pernah saya jumpa sebelum ini, menarik dan cuba untuk merasai satu persatu hidangan mereka, Alhamdulillah tekak saya boleh menerima walaupun tidak banyak ;)…Seusai bersarapan kami diberi sedikit taklimat tentang perjalanan hari ini. Pukul 9am anggota misi di bawa menziarah kubur as syahed Abu Ishaq yang meninggal semasa perang pada mei 2014 lalu, dia adalah sahabat Ust Nazmi dan juga Wakil Muslim Care, assyahid meninggalkan seorang balu dan 2orang anak yang masih kecil.

Perjalanan kami di teruskan ke Idlib Syria menziarahi maqam khalifah Umar Abd Aziz, seorang khalifah agung yang sangat terkenal dengan kezuhudan dan keadilan dalam kepimpinannya sehingga tidak ada seorang pun rakyatnya yang menerima baitulmal ketika pemerintahannya. Saya difahamkan makam ini ada ura2 untuk di musnahkan oleh para pejuang Isis kerana menganggap itu syirik kerana ada ruang solat di dalam kawasan itu, mereka menganggap orang bersolat akan menghadap kubur, sedangkan kubur tersebut terletak di belakang ruang solat bukan dihadapan, dan ruang solat itu adalah untuk memudakan bagi yang hendak solat terutama bagi mereka yang bermusafir. Dalam makam ini juga terdapat telaga air yang sungguh dalam, saya sempat merasa air telaga tersebut 
Maqam Khalifah Umar Abd Aziz- Al Fatihah


Anggota misi dibawa ke sebuah pekan di Idlib, bandar yang merupakan sebuah pusat ekonomi yang membangun suatu ketika dahulu, namun bandar itu kini hanya tinggal rangka dan serpihan bagunan yang hancur akibat serangan peluru dan bom Assad, hati saya luluh melihat keadaan ini. Ketika ini juga berlaku sedikit salah faham apabila abg Aziz di tahan oleh salah seorang mujahidin daripada kumpulan FSA mereka kurang senang kumpulan kami kerana melihat abg Aziz seperti Cina, mereka amat benci kaum Cina kerana menganggap bersekonggkol bersama pihak Amerika dalam hal keganasan.. 

Kami kemudiannya dibawa kesebuah perkampungan yang tidak jauh daripada
bandar Idlib disitu kami melihat rumah-rumah yang cantik telah kosong  hancur, ada sebahagiannya yang masih elok akan tetapi keadaan kampung yang tidak selamat menyebabkan semua penduduk meninggalkan rumah mereka menjadi pelarian di Negara sendiri itu sangat menykitkan, maka jiwa2 ini akan menuntut di hadapan Allah kelak atas setiap inci kesakitan yang dirasai atas kekejaman pada mereka. Suasana yang memilukan hati jauh di sudut hati ingn melihat bandar dan kampung ini hidup subur kembali. Kami sampai di suatu kawasan lapang, bersama anggota keselamatan yang berkawal menyaksikan pelancaran roket, kami melihat secara langsung kami teruja walaupun ada debaran dihati.. kumpulan mujahedeen Jabhatun Nusrah antara yang aktif dalam gerakan pembelaan rakyat dan sunni di Syria
Petang itu, Selepas menziarahi kami pulang ke homestay di Saraqeb, kemudian pada malamnya kami meneruskan misi menziarahi balu assyahed Abu Ishaq, di sebuah perkampuangan pelarian, melihat dan berziarg seoang balu kepada mujahidin yang yelah syahed Abu Ishaq, melihat dirinya yang sungguh tabah membuat kami sangat mengkaguminya, perbezaan bahasa tidak menghalag kami untuk berkomsnikasi, aku hanya dapat tangkap sedikt term daripada apa yang disampaikan sangat melucukan bila kami berkomusikasi banyak menggunakan bahasa badan, sehingga kami dapat memahami apa yang cuba di sampaian. Dia bertanya kepada kami sekiranya takut  berada di sini (Syria) negara perang  bom ada saja di mana-mana  saya dan Ija berbalas pandangan dan senyuman  kami berikan semoga Allah melindungi kami dan dia mendoakan atas keberanian kami. Dia bertanyakan umur, kami menjawabnya dengan seloroh..dia menjawab dengan umur kami sekarang sdh pun mempunyai anak ..purata umur berkahwin bagi orang Syria adalah 15-20tahun, melainkan sekianya wanita itu menyambung pengajian kebiasaannya berkahwin 20-25 tahun tp itu sudah cukup lewat bagi mereka..hihi saya dan Ija bagaimana pula =P. Kami bertanya padanya apakah akan berkahwin lagi selepas ini setelah pemergian Abu Ishaq, ummu Ishaq menjawab kalau sekiranya semua redah Syria kembali tenang kemungkinan suatu hari nanti saya akan berkahwin. Ziarah kami agak panjang anggota misi muslimin sudahpn menunggu kami…mareka agak hairan bila saya dan ija menceritakan apa yang kami bualkan sebentar tadi bersama ummu Ishaq, dek keran kami tidak begitu fasih berbahasa arab mambuatkan mereka terkejut..itu la kehebatan perempuan bila bersembang ;P

19 Nov. Hari ke 3 di bumi Syria, hari ini kami dijadualkan untuk kembali ke Turki, hari terakhir bersarapan bersama ahli keluarga rumah ini lambaian dan salam terakhir daripada mereka, ada ukhwah yang terbina disini, sayu. meninggalkan rumah terebut, anak anak yang comel dan ahli keluarga mereka yang baik hati lagi cantik-cantik belaka ^^, sempat mama Noura memesan kepada saya untuk carikan bakal suami orang Msia kepada anaknya yang juga sahabat saya disana  hihih

Kami sempat berkongsi cerita sepanjang perjalanan yang kami telah  lalui. selama 2 malam terdengar bom 6 kali kedengaran, agak kecut jgk fikiran mula berfikir sesuatu semua ketika itu mula redha sekiranya perjalanan hidup hanya setakat ini, kami mengucap dan muhasabah. Bila kami menceritakan kepada saudara2  Syria yang bersama kami, mereka menjelaskan jagan risau klu hanya kedengaran bom, walaupun sudah meranapkan bbrpa rumah dan kampung tapi kawasan itu masih jauh, namun sekiranya kedengaran bunyi helikopter  yang berlegar2 di atas maka itu perlu di takuti dan dirisaukan kerana mereka akan menjatuhkan bom2 secara direct.. 

Langkah kami teruskan meninggal tempat teduhan sepanjang di bumi Syam. Kami meneruskan misi ziarah ke sebuah sekolah Maahad Ma’firah di kawasan Saraqeb, sekolah bawah tanah yang baru sahaja di buka selepas daripada fasa perang, pelajar daripada anak anak pelarian seramai hampir 60 orang ini mendapat pendidikan percuma. kami membuat Penyerahan sumbangan daripada MC berupa makan dan kewangan untuk keperluan pendidikan mereka. Tidak jauh dari kawasan sekolah, kami menziarahi stor Muslim Care yang menempatkan barang-barang sumbangan untuk rakyat Syria. Bertemu dengan seorang pakcik yang sunggu kelakar dia melayan saya dan Ija macam anak kecil..dia beri pada kami baju sejuk yang lawa dan juga anak patung yang sungguh comel, kami menolak tetapi dia bersungguh kami hanya menerima anak patung tersebut dan berniat untuk beri pada anak2 Syria yang kami temui, itu hak mereka ;)
Tengahari itu, kami terus bergerak ke sempadan Athma, perjalanan memakan masa selama hampir 2jam daripada Saraqeb. Panas terik dan berdebu itulah Susana Negara padang pasir. Kami tiba di sempadan Athma pada pukul 1pm, namun kami dimaklumkan border akan dibuka pada pukul 5pm, kami menunggu sehingga hampir 6 jam sebelum boder di buka oleh imigresen Turkey. Alhamdulillah malam itu kami selamat sampai semula di Reyhanli Turki.
20 Nov. Bermula solat subuh berjemaah disusuli tazkirah ringkas oleh ustaz syed Kadir al Joofre dan sharing daripada setiap anggota misi. Kemudian kami bersiap untuk chek out, kerana hari ini merupakan hari terakhir misi. Setelah bersiap segala keperluan, sedikit majlis penyerahan sumbangan Muslim Care kepada wakil Syria di Turki
Kami bergerak ke perasmian Maahad Tahfiz Muslim Care yang ke dua. Madrasah ini baru sahaja dibina bagi menampung pelajar yang semakin ramai, tapak yang sekolah yang disumbangakn oleh seorang dermawan dari Turki demi kelangsungan pendidikan anak2 pelarian Syria
Majlis perasmian yang meriah dengan persembahan kanak-kanak Maahad Tahfiz sangat menghibur hati. Ungkapan shukran yang bertalu-talu daripada mereka membuat kami sangat terharu, kami menggalkan mereka dengan lambaian harapan yang pasti akan meninggalkan memori yang tidak mungkin kami lupakan. Semoga usaha kecil ini Allah nilai sebagai pemberat amal timbangan di akhirat kelak, amin. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kelangsungan hidup dan pendidikan saudara semuslim kita di bumi Syam Syria..

Sekiranya ingin menyumbang kepada rakyat Syria, boleh Bank In ke 
564490413882 atas nama Muslim Care. 

Amina Tahir 
Catatan Di Bumi Syria
Aktivis Muslim Care Malaysia
15-12 Nov 2014