Isnin, 8 Jun 2015

Expedisi dan Ziarah Mahabbah LB


Hampir 6 bulan misi banjir dijalankan selapas banjir besar melanda negara kita terutama di negeri Pantai Timur. Akhirnya,,,,dapat tarikh untuk Misi Ziarah Muslim Care ke Long Busang,setelah beberapa kali ditunda..persiapan yang singkat utk menyiapkan keperluan misi kali ini...ini misi aku yang kedua kesana, sesiapa yang penah pergi akan rasa untuk terpanggil kesekiankalinya untuk kembali...apa yang paling seronok??

kali ini anggota misi di sertai hampir 30 orang, 10 orang team Muslim Care dari semenanjung, 3 orang daripada Sabah, beberapa orang team daripada team Urusetia Saudara Kita (USK) Kapit Sarawak, dan beberapa orang lg sukarelawan daripada kalangan guru semenanjung yang berkhimad di Sarawak.

Perjalanan untuk sampai ke kampung ini memakan masa selama sehari. So untuk perjalanan saja sememangnya spend time selama 2hari untuk pergi dan balik, selebihnya kami berprogram bersama penduduk.

Kami bertolak pada 30 April 2015 dengan menaiki kapal Air Asia rombongan daripada semenanjung seramai 9 orang, kami di sambut wakil MC di Airport Sibu, jumlah anggota misi keseluruhannya hampir mencecah 30 orang. kami meneruskan perjalanan pada keesokan harinya jadual bot daripada terminal ke Kapit seawal jam8 pagi perjalanan kami memakan masa selama 8 jam untuk sampai ke kawasan Putai. Untuk sampai ke kampung tersebut, kami menaiki double cab yang mengambil masa selama 4 jam berikutnya. 4buah double cape, dan kami muslimat kesemuanya manaiki satu double cabe. Perjalanan cukup mencabar melalui jalan balak yang merentasi lereng- lereng bukit serta curam sepanjang perjalanan. Apa yang menarik sepanjang perjalanan kami duduk di belakang kereta pacuan 4roda tersebut sambil menikmati pemandangan alam yang damai, sungguh menenangkan jiwa..berzikir, bernyanyi bersama membuat hati kami sangat riang.

Pukul 9 malam barulah kami tiba di kampung LB, kami di sambut oleh masyarakat kampung beragama islam, mereka meraih kami dengan penuh ramah, makanan yang di hidangkan sangat istimewa, semua daripada hasil tangkapan dan tanaman orang kampung sendiri.

Saya di fahamkan penduduk muslim di sini minority, hanya ¼ sahaja yang beragama Islam, namun pada pengamatan saya kehidupan mereka sangat harmoni tanpa mengira perbezaan agama.

Kami menginap di rumah ketua kampung, yang merupakan ketua ruai. Rumah panjang yang unik dan juga menjadi tempat perhimpunan/ perjumpaan mereka sekiranya ada majlis keramaian. Apa yang menarik kebudayaan mereka yang sentiasa dijaga keasliannya menjadi tarikan kepada masyarakat luar. Ada satu jenis tarian yang dipanggil tarian panjang, mereka mempelawa para tetamu untuk turut sama dalam tarian tersebut sehingga menjadi satu barisan yang panjang, tarian ini banyak menggunakan hentakan kaki saja dan diketuai oleh seseorang sambil memegang alat tradisional mereka..hihi menarik…kami turut serta dalam tarian panjang tersebut..

Pada keesokan harinya, kami meneruskan agenda utama iaitu program kesihatan kepada semua penduduk kampung tanpa mengira perbezaan agama. Kehadiran doctor-doktor dalam misi kali ini memberikan perkhidmtan kesihatan secara percuma kepada penduduk antaranya pemeriksaan
kesihatan, pemeriksaan dan cabutan gigi, sunathon kakan-kanak dan dewasa, di samping program kemasyrakat lain seperti game bersama remaja, pertandingan melukis kanak-kanak, smart learning dan juga smart solat kepada kanak-kanak dan dewasa. Sepanjang berada di sana kami cuba mengimarahkan masjid dengan pelbagai program dan pengisian rohani, Alhamdulillah mendapat smbutan daripad penduduk muslim. Program dijalankan selama dua hari, program kemasyarakan ini turut disertai oleh masyarakat non muslim. Walaupun kepenatan namun kami puas

Suku kaum mereka adalah Kenyah, Kenyah adalah etnik Bumiputera Sarawak yang termasuk rumpun Orang Ulu yang berasal dari daerah Baram, Sarawak. Semasa pemerintahan Brooke meluaskan kuasa ke daerah Baram, masyarakat Kenyah sebahagiannya berundur ke Kalimantan dan sebahagian lagi bertahan di Baram.
Rumah rumah tinggal mereka masih khas. Uma Da’du atau Lamin adalah rumah asli peninggalan masyarakat  Kenyah yang masih utuh. Rumah adat ini dibuat dari kayu belian, beratap sirap. Lamin di hiasi lukisan daun paku pakis dengan  warna kuning, putih, merah dan hitam yang menjadi identiti masyarakat Sarawak sekarang . Mereka juga dikenal mahir membuat manik-manik bercorak indah dan pemahat handal patung hiasan.

Hubungan kekerabatan mereka mengikuti garis keturunan bapa. Dalam satu rumah panjang dapat dijumpai hidup beberapa keluarga, mulai dari orang tua, anak, cucu dan  sepupu Dahulu kala sebuah rumah panjang dengan mempunyai lebih daripada 60 buah rumah lainnya. malah dapat menampung lebih dari seribu orang,

Namun demikian mereka tetap taat pada adat  yang sehari-hari dikendalikan oleh pemimpin mereka. Di dalam rumah panjang, pemimpin menempati rumah di bahagian  bagian tengah. Bagi mereka, pemimpin adalah orang yang dipilih menurut garis keturunan bangsawan, menurut kepercayaan yang ditinggalkan ketika mereka bersama-sama dengan masyarakat Brunei.

Suku  Kenyah, sebagian besar beragama Kristian. Sebagian kecil, terutama orang tua, masih ada yang animisme. Seiring dengan peredaran zaman, penganut  islam sudah mulai muncul terutamanya di Long Busang dan di Belaga.

Mata pencarian mereka umumnya adalah bertani. Umumnya, sebagai pemungut hasil hutan dan peladang. Masyarakat  Kenyah tetap mempertahankan budaya leluhurnya, seperti menenun, mengukir, dan membuat aneka kraf tangan. Masyarakat Kenyah juga sangat terkenal dengan seni tari tradisionalnya seperti : tari datun julut, kanjet pepatei/tari perang, Kancet Punan Lettu, Kancet Nyelama Sakai, Hudog, Manyam, Pamung Tawai, Burung Enggang, dan tari Leleng, dan lain lain. selain bahasa Kenyah mereka juga menggunakan bahasa Melayu.

Berbalik kepada cerita pengalaman saya, pada petang hari, kami (min, kak nim,kak maria,kak ada) meneruskan agenda menikmati tempat menarik di kampung ni, terdapat sekolah bersebelahan kampung berada diatas bukit sedikit, pamandangan yang cukup cantik, di hiasi alam sekeliling yang menghijau juga sungai kecil yang sentiasa mengalir jenih. Dihiasi 2 buah rumah panjang behadapan padang, rumah panjang yang menjadi lambang kebudayaan etnik kenyah di LB.. setelah bersiar2 kami di pelawa oleh seorang makcik yang cukup baik pada pengamatan saya, dia mengajak ke rumahnya, apa yang menarik dia memperkenalkan pakaian dan alat-alat etnik kenyah yang menjadi kebudayaan dan kebanggaan masyarakat. Lagi menarik makcik yang di kenali sbagai makcik Ros (bkn nama sebenar) mempelawa kami untuk mengenakan pakaian tradisi etnik Kenyah, pakaian wanita Kenyah sangat cantik dan unik, perubahan zaman pakaian tersebut di adaptasi mengikut tuntutan Islam bagi yang beragama Islam, pakaian menutup aurat tetapi tema dan kebudayaan dikekalkan…hihi best sgt…kami balik dengan wajah kepuasan. Dalam hati kami berbisik ada sesuatu yang hajat telah dipenuhi..ada kenangan sebab sempat ambik gambar banyak-banyak ;P


Malam tersebut majis penutupan bersama penduduk kampung, jamuan bersama, penyerahan sumbangan kepada 70 keluarga, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan perembahan daripada penduduk kampung..kami melambai mesra kepada mereka namun dalam hati ada kesedihan yang tersimpan..kami berniat untuk kembali ke sini lagi...

Tepat jam 11malam kami bertolak ke Putai, perjalanan 4 jam dan kami di jangka sampai pukul 3  subuh. Sepanjang perjalanan yang gelap, sejuk, jalan berliku kami diuji dengan hujan lebat..huhu..memandangkan baju hujan telah di gunakan semasa pergi, kami semua menggunakan plastic sampah untuk membalut tubuh dari kebasahan, masing-masing melyan perasaan..kesian,tp lucu pun ada hehe..hampir 2jam mengharungi hujan sebelum sampai ke Putai untuk menanti bot yang akan gerak ke Sibu pada pukul 5 pagi..semua basah kuyup huhu..

perjalanan dari putai ke Sibu mengambil masa 8 jam, sepanjang perjalanan aktiviti kami adalah makan, tido, cerita diulangi sampai beberapa kali haha....disamping pengisian masing2 membaca buku dan quran...ahamdulillah sekitar pukul 2 kami tiba di jeti Sibu.

petang itu, sahabat sabahan bertolak awal, memandangkan tiket mereka awal, dan team semenanjung bertolak malam, last flight...

walaupun penat tapi semua puas...

sekitar pukul 12 kami selamat tiba d klia, sebelum bertolak ke rumah saya dapat hadia drpd someone sempena hari jadi...hihi..hepy brithday to me 05052015 :) :)




Amina Tahir
05052015
Kapit, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan