Rabu, 16 September 2015

Sufiyyun Harakiyyun

Iya benar....Ilmu haraki akan membina jiwa perjuangan dan hamasah yang tinggi pada diri seseorang terhadap Islam, maka ia diseimbangkan dengan ilmu sufiyyah agar lunak dan lembut jiwa kehambaan pada sang Pencipta. Harakah dan sufi tak pernah terpisah, bahkan harakah itu sebahagian daripada metodologi dakwah sufi.

Bekerja lah seolah olah kita akan hidup seribu thn lagi, namun beribadatlah seolah olah kita akan mati esok. Beribadat malam seperti rahib merintih akan dosanya, siangnya seperti singa dirimba menegakkan kebenaran, berjuang.

Sejarah Ikhwanul Muslimin.Al-Imam Hassan al-Banna ialah seorang sufi. Lahir daripada keluarga dan persekitaran sufi. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna seorang ulama' sufi yang zuhud. Imam Hassan al-Banna mengambil tarbiyyah sufi daripada guru beliau, al-Arifbillah Sheikh as-Sayyid Muhammad Abdul Wahab al-Husofi dalam Tariqat al-Syazuliyyah al-Husofiyyah. Beliau juga selalu berdamping dengan para ulama' sufi pada waktu itu, antaranya al-Arifbillah Sheikh Yusuf ad-Dijwi,al-Arifbillah al-Muhaddith Sheikh Muhammad Hafiz at-Tijani,al-Arifbillah Sheikh al-Azhar Dr.Abdul Halim Mahmud al-Syazuli dan al-Arifbillah Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Begitu juga dengan Shaykh Sa'id Hawwa, salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin.Di antara guru beliau ialah guru kepada guru kami (Shaykhuna al-Habib Yusuf Muhyuddin Riq al-Bakhour al-Hasani al-Husaini), iaitu al-Arifbillah as-Sayyid Muhammad al-Hasyimi al-Hasani al-Jaza'iri al-Syazuli.Shaykh Sa'id Hawwa ada mengarang sebuah kitab yang menghuraikan Hikam al-Imam Ibn Atha'illah al-Iskandari asy-Syazuli.
Almarhum Sheikh Izzuddin al-Qassam,yang namanya diabadikan oleh pejuang Palestin...beliau bukan sahaja seorang mujahidin, bahkan beliau seorang murobbi sufi dalam Tariqat al-Syazuliyyah. Bapa beliau, Sheikh Abdul Qadir al-Qassam dan datuk beliau, Sheikh Mustafa al-Qassam merupakan sufi dalam Tariqat al-Qadiriyyah.Begitu juga Sultan Salahuddin al-Ayyubi.Madrasah Imam al-Ghazali dan Madrasah al-Imam Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani al-Husaini (Tariqat al-Qadiriyyah) banyak mempengaruhi perjuangan jihad beliau. Juga Sultan Muhammad al-Fateh dimana guru beliau al-'Arifbillah Sheikh Syamsuddin al-Wali al-Naqsyabandi banyak mempengaruhi beliau dalam usaha menakluk Kota Konstantinopel.
 
Ilmu Sufi dan Haraki tak pernah terpisah. Perjuangan harakah dan mana-mana Pertubuhan Islam sama ada luar negara mahupun dalam negara dan sebagainya memerlukan kekuatan jiwa untuk menghadapi cabaran mendatang. Dakwah ini punya pelbagai cara, dan berbeza-beza. Bahkan sejarah telah menuliskan bahawa peranan dakwah dan perjuangan banyak dibawa oleh ulama'-ulama' sufi, seperti perjuangan dakwah Wali Songo dan para habaib umpamanya. 
 
sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan