Rabu, 16 September 2015

Sufiyyun Harakiyyun

Iya benar....Ilmu haraki akan membina jiwa perjuangan dan hamasah yang tinggi pada diri seseorang terhadap Islam, maka ia diseimbangkan dengan ilmu sufiyyah agar lunak dan lembut jiwa kehambaan pada sang Pencipta. Harakah dan sufi tak pernah terpisah, bahkan harakah itu sebahagian daripada metodologi dakwah sufi.

Bekerja lah seolah olah kita akan hidup seribu thn lagi, namun beribadatlah seolah olah kita akan mati esok. Beribadat malam seperti rahib merintih akan dosanya, siangnya seperti singa dirimba menegakkan kebenaran, berjuang.

Sejarah Ikhwanul Muslimin.Al-Imam Hassan al-Banna ialah seorang sufi. Lahir daripada keluarga dan persekitaran sufi. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna seorang ulama' sufi yang zuhud. Imam Hassan al-Banna mengambil tarbiyyah sufi daripada guru beliau, al-Arifbillah Sheikh as-Sayyid Muhammad Abdul Wahab al-Husofi dalam Tariqat al-Syazuliyyah al-Husofiyyah. Beliau juga selalu berdamping dengan para ulama' sufi pada waktu itu, antaranya al-Arifbillah Sheikh Yusuf ad-Dijwi,al-Arifbillah al-Muhaddith Sheikh Muhammad Hafiz at-Tijani,al-Arifbillah Sheikh al-Azhar Dr.Abdul Halim Mahmud al-Syazuli dan al-Arifbillah Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
Begitu juga dengan Shaykh Sa'id Hawwa, salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin.Di antara guru beliau ialah guru kepada guru kami (Shaykhuna al-Habib Yusuf Muhyuddin Riq al-Bakhour al-Hasani al-Husaini), iaitu al-Arifbillah as-Sayyid Muhammad al-Hasyimi al-Hasani al-Jaza'iri al-Syazuli.Shaykh Sa'id Hawwa ada mengarang sebuah kitab yang menghuraikan Hikam al-Imam Ibn Atha'illah al-Iskandari asy-Syazuli.
Almarhum Sheikh Izzuddin al-Qassam,yang namanya diabadikan oleh pejuang Palestin...beliau bukan sahaja seorang mujahidin, bahkan beliau seorang murobbi sufi dalam Tariqat al-Syazuliyyah. Bapa beliau, Sheikh Abdul Qadir al-Qassam dan datuk beliau, Sheikh Mustafa al-Qassam merupakan sufi dalam Tariqat al-Qadiriyyah.Begitu juga Sultan Salahuddin al-Ayyubi.Madrasah Imam al-Ghazali dan Madrasah al-Imam Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani al-Husaini (Tariqat al-Qadiriyyah) banyak mempengaruhi perjuangan jihad beliau. Juga Sultan Muhammad al-Fateh dimana guru beliau al-'Arifbillah Sheikh Syamsuddin al-Wali al-Naqsyabandi banyak mempengaruhi beliau dalam usaha menakluk Kota Konstantinopel.
 
Ilmu Sufi dan Haraki tak pernah terpisah. Perjuangan harakah dan mana-mana Pertubuhan Islam sama ada luar negara mahupun dalam negara dan sebagainya memerlukan kekuatan jiwa untuk menghadapi cabaran mendatang. Dakwah ini punya pelbagai cara, dan berbeza-beza. Bahkan sejarah telah menuliskan bahawa peranan dakwah dan perjuangan banyak dibawa oleh ulama'-ulama' sufi, seperti perjuangan dakwah Wali Songo dan para habaib umpamanya. 
 
sekian. 

Sabtu, 12 September 2015

Leraikankan air mata

Musafir yang panjang, langkah kaki agak longlai mungkin sedikit letih selepas berprogram selama seminggu di Terengganu dgn pelajar Europe kemudian, 4 hari di Kelantan bersama pelajar medic Mesir sempena cuti semester mereka..aku seperti biasa melunaskan tanggungjawab sebagai sukarelawan tetap menyantuni mereka, memberi semangat dan dorongan supaya sentiasa bersemangat dlm merelakan diri dlm setiap kerja dakwah yang dilakukan. Aku meniti diri akan apa yang aku peroleh dlm permusafiran kali ni, pengalam dan kenalan itu sudah pasti, bergaul dan bersilaturrahim :)


Kali ini terasa letih agak menuncak. Seminggu setengah di Pantai Timur melunaskan misi program, cuma agak terasa juga semenjak dua ini selalu sahaja bersendirian..ya, digagahi jgk langkah walau keseorangan. Aku dapat rasa enaknya berseorangan akan terbinalah jiwa tenang dan kuat tanpa ada pengharapan selain Tuhan. Bahagia merasa, spt sj bermolonog bersama Tuhan. Dalam perjalanan aku cuba memuhasabah diri, kali ini rasa lemah ntah kenapa ada sesuatu yang meresahkan jiwa, aku cuba muhasabah diri, melihat awan yang sentiasa berarak, melihat bukit bukau yang mencantikkan lukisan alam.. Aku tewas, rupanya air mata ingin merentasi kelopak mata. Ya kadang kita perlu menangis menguraikan makna dlm hati sanubari yang kita tidak mampu ceritakan kepada segenap manusia..mgkn cara untuk aku muhasabah, terlalu bnyk kebaikan yg Allah anugerahkan cuma terkadang kita kurang menghargai dan bersyukur. Terima kasih wahai Allah atas segala nikmat.

Sekadar meluah. Sekian.

Catatan pada 17 Ogos 15. Kelantan-Shah Alam