Khamis, 9 Oktober 2014

BERIBADATLAH..


Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya. 

Wahai saudaraku,

Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.

Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.

Wahai para Salik,

Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.

Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.

Wahai saudaraku,

Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

WaLlahu ‘alam.

Dipetik daripada "Kitab Pendakian Salik Menuju Allah" karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad

Ahad, 31 Ogos 2014

CATATAN EKSPEDISI DAKWAH PERPPIS TAWAU

Sejarah Yang Masih Segar

masjid negeri KK , capture sebelum ziarah ke muzium2 sabah
.

Bercerita tentang pengalaman...ingatanku terpaku pada tahun 2006, sudah 8 tahan yang berlalu, namun masih segar dalam ingatan..aku mampu tersenyum bila teringat ragam-ragam sahabat ketika itu..sayang kalian
Catatan pengalaman yang hanya di luar dr memori tanpa sebarang catatan lengkap..aku inagt lg masa bermula xpdc aku nekad akan catit setiap peristiwa tempat masa dalam catatan diari kecilku, tapi sayangnya hilang ;(

Perjalan kami selama 8hari bermula, meninggalkan daerah kelahiranku hati melonjak gembira dengan harapan perjalanan di mudahkan Allah. kami tiba LD daerah jran yang hanya 3jam perjalanan, kami singgah hanya untuk bersolat...tugasan kami setiap stesen adalah menjual buletin perppis dan buku zikir tugasan yang perlu di siapkan sebelum makan...perjalanan diteruskan ke sandakan... perjalanan yang cukup santai..melihat kehijauan negeriku yang kian menghijau...
Kami tiba di masjid kinabatanagn, hari sudah gelap, kami di maklumkan untuk menetap di masjid malam ni... malam yg nyaman, walaupun tidur hanya beralaskan beg kain...;)
awal pagi kami bergilir2 hemat diri..menuggu subuh dengan solat tahajjud..amalan yang sering di ingatkan oleh sang murabbi kami...lazimkan solat walaupn 2rakaat sebelum subuh...alhamdulillah..

Luas perjalanan, indah permandangan itu lah yang aku rasakan..melihat pokok mengujau yang sentisa memuji tuhannya, sedang aku terkadang mengeluh dengan kesibukan ntah apa2...subhanallah, berbicara dengan alam tentang agungnya Tuhan sesuatu yang nikmat, jiwa tenang, hilang segala duka2 dengan meninggalkan kesibukan dengan manusia..sepanjang perjalanan jiwa bebicara..nikmat !

Kami tiba di daerah ranau/kundasang, tempat yang selalu aku rindu hingga ketika ini...nth kenapa, mgkin ada simbolik pd hatiku...indahnya negeriku..
Kami tba di ranau, menjual buletin 3 vesi seperti biasa sebelum makan..melihat kampung orang tu yang mengujakanku..tanpa tersedar kami (min, uni, husni, rusni, su,) geng sumandaq tersesat, mujur muslimin berusaha mencari kami, malu dengan shbt2 muslimin masa tu..
Malam seteruskan kami bermalam di kundasang..sejuk tak terkata, sampai yang yang tak sanggup menyentuh air, hanya menyegarkan diri dengan wuduk hhihi..

Tazkirah bergerak (dalam bas) di isi sepanjang perjalanan, semua bertazkirah mengikut jadual dan destinasi setiap sorang..diselang dengan lagu sahabat yang menjadi halwa telinga membuat jiwa2 kami terus menterjemah nikmat bersahabat..'untukmu' lagu yang mengidupkan ukhawah kami...lagi2 geng sumandaq hihi siukk
masjid kundasang, sejuk ni....
ekpedisi kami terus menghala ke utara sabah..kami singga di sebuah perkampungan matunggong namanya yang pada kiraan sy penduduknya miskin dan hanya minoriti muslim..kami membuat ziarah dari rumah ke rumah sembang santai dengan ahli keluaga di samping menyerahkan sumbagan berupa makanan asasi dan pakaian yang bersesuaian..kami beralih menziarahi kampung berikunya, agak unik ada rumah panjang yang mengujakan kami..kami melangkah perlahan smbil melemparkan senyuman kepada yang ada di situ, kami d sambut dengan penduduk, anjing juga antara haiwan keyangan peliharaan meeka yang perlu di jaga tanpa menunukkan cuak pada haiwan tersebut..ini sensitiviti mereka..

Di kota belud....tugasan kami menjual buletin2 terbitan kami d pekan Kb pekannya jg meriah, nagm2 hari tu ada pasar minngu, lg meriah..daripada pekan ke pasar minggu perlu merentasi sebuah bukit, kami redah juga menujunya sambil membawa hazaim dan qila anak murabbi yang baru berusia 5 dan 6 tahun, kami bergilir2 menjaganya, kecil yang cilik mereka yang dengan penuh semangat merentasi dengan harapan dapat tegok kuda, yang sedihnya tiada huhu.. alhamdulillah buletin habis dan ramai yang berminat..
malam tu kami beralam di madrasah kb
Hari berikunya kami sampai d kota marudu, kampung yang aku rindu ntah kenapa, jumaat yang mulia penghulu segala hari..kami singga solat di masjid at-taqwa..berehat dan sedikit liqo taujihad daripada penasihat am cikgu nasir mengisi jiwa yang lapang..

Bas kami meluncur terus ke utara, kalau sapa yang biasa dengan sabah sdh pasti biasa tengok bertapa banyakknya singbord2 gereja yang tinggi dan besar di setiap beberapa meter perjalanan walaupan perkampungan yang sedikit dan terpencil..itu la sabahku

Pitas, pekannya kecil, tapi cukup menampung penduduknya yang juga agak sedikit..kami berjalan-jalan sekitarnya, lapang mencari orang yang mengkin boleh berkenalan dengan anak2 remaja, itu juga antara tugasan kami, mencari sahabat di setiap destinasi persinggahan. di hujung pekan ada sederetan gerai makan, aku dan shbt menujunya gerai yang tertulis 'makanan halal' dengan yakin kami sampai untuk melihat menu..kami di sapa dengan senyuman.. sambil berkenalan dia memperkenalkan diri (lupa dh namany ;p)
dan kami jg membalsnya dengan perkenalan ringan2 sejja, sehingga dia memberitahu bahawa dy bukan la seorang muslim, aku dan sahabat agak terkejut, masakan orang bukan islam boleh tulis makan halal sedangkan ia sendiri bukan muslim apakah dia faham yang di maksudkan halal (hatiku berbicara). dia mula menerangkan, apa yang di maksudkan halal bg fahaman mereka..agama keristian (berlainan mazhab) tidak makan makanan haram seperti muslim khinzir, anjing dan keuruannya, mereka hanya makan sayur2an dan daging yang ringan ayam ikan dan seumpamanya..kepercayaan mereka dengan 3 tuhan, Alah yang di sebut tuhan bapa, isa dan maryam..Ruhkudus yang di sebut sebagai tuhan bapa..banyak persoalan yang menjawab minda kami ketika itu..dia juga ada menyatakan minat terhadap islam..kami akhiri dengan bersalaman dengan mereka, mereka ramah menghantar kami dengan senyuman. semoga dia dan ahli keluarganya, beoleh hidayah Allah suatu masa nanti..amin ya Allah.

Kudat, destinasi kami yang terakir, perjalaan kami di isi seperti biasa, tazkirah begerak, singgah solat jamak berjemaah, liqo bersama murabbi dan edaran risalah..kami tiba satu perkampungan terakhir utk penyerahan sumbangan kepada penduduk, kampung yang cukup cantik brdekatan dengan pantai, mereka menjual hasil laut, dan perhiasan2 daripada laut..tapi tak dinafikan kemiskinan yang di hadapi...ini la hakikat rakyat sabah..lebih banyak rumah miskin daripada rumah besar kaya.. 
kami terus ke simpang mengayau yang meupakan penghujung peta sabah (tanduk peta) cantik, nyaman, indah..
simpang mengayau, by geng sumandaq ;)

bersiar2 di kota kinabalu sebelum balik ke tawau...

Selasa, 26 Ogos 2014

Hati Yang Berharap



 
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
                                        Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia bersama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurnikanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN ...... Ya Rabbal A’lamin

Ya Allah, jika engkau sebaikbaik tempat menyerah diri, sebaikbaik pelindung sebaikbaik penolong...aku berserah kepadaMU segala sesuatu ketentuan........tunjukkanlah Ya Allah ;(

'PERPPIS CEMERLANG BUDAYA KITA'


Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah….

Saya mulakan dengan puji-pujian utk Kekasih Agung, meniup sedikit kekuatan ke atas diri.. ingin saya berkongsi sedikit rasa kenangan terindah zaman mula kenal tarbiah.. ini adalah cerita pengalam sy di jalan dakwah…hanya sisi dari kehidupan saya

Bermulanya di sini, aku masa sekolah menengah dulu mula terlibat dgn badan persatuan pelajar PERPPIS, masa ni tingkatan, semua ahli dari kalangan sekolah2 terpilih kami dalam 15 org, aku salah satunya wakil dr sekolah SMK Pasir Putih.. bila sibuk dgn persatuan kekadang jadi bebelan juga oleh mak apa tidaknya hujung mggu mesti lesap dek kerana kerja2 persatuan..setiap hari jumat pegi usrah, hujung minggu perjumpaan, mesyurat, program bulanan dan terbitkan risalah dan buletin bulanan, ini la antara agenda yang kami buat dan bincangakan selalu..  bila balik sekolah selalunya akan terus ke ‘rumahke2’ untuk bertemu rakan2 seperjuangan membincgkan kerja persatuan…penat? Huhu semestinya..klu hujung minggu plak bila ada  program bulanan (bermalam) mesti pandai ambil hati mak, perlu siapkan kerja rmh seawalnya, rajin tolong mak dan buat semua yang menggembirakan hati mak ngan bapa..supaya mudah dapat lessen keuar da makbapa pun senag hati lepaskan hihi….

Di sini (PERPPIS) aku mula mengenal apa itu tarbiah, keenakan dalam berukhwah yang aku rasakan nikmat itu satu anugerah yang hebat.hanya dapat dirasa tanpa dapat di terjemahkan..pertalian yang lebih dalam erat dari persaudaraan darah 

Sumandaq89 punya hal ‘KAMI12’
Teringt lagi bila Kursus amal islami (KAMI), kami di minta buat persembahan untuk malam kesenian islam (utk muslimat) mlm tu setelah penat berprogram seharian baru ada masa untuk buat laihan persembahan, kali ni geng89 kena beraksi! Bincang punya bincang jem, otak tepu dek kerana kepenatan, oke ktorang plan tido setengah jam untuk meluruskan tulang-tulang belakang yang bengkok, tido beralaskan lengan hanya di atas penas (dewan tertutup) tido yang sekejap itu buat kami ketagih mencari katil…tp, ada urusan lagi yang belum selesai..kami gagahi jg…maka bermula la perbincgan & latitan kami..semua bersetuju utk bernasyeed dari kumpulan brothes bertajuk slmt berjuang.latihan bermula….

Bila sampay hari persembahan kami mulakan langkah naik ke pentas dengan senyuman. yang pasti, hati penuh harapan agar adik2 peserta semua terkesan dan terhibur hendaknya..kami mula buat persembahan dgn sebaik mungkin, tp masa tu sorang sahabat keluar barisan dengan di iringan sebuah sajak ‘sahhhabat’ kami mula jem semua ni tak di plan punn, terpaksa cover dengan tenang namun xda sorang pn dapat tangkap untuk step seterusnya…resah depan audience…huhu naseb baik la kakak2 senior dan smua ajk masa tu naik pentas sambil membahu antara satu sama lain smbil manyian lagu sahabat oleh devotees dengan lirik yang penuh kasih sayang smbil setuhana pelukan sahabat membuat adik2 smua terhibur terharu, dan ramai mengalirkan air mata…merasakan ruh ukhwah itu mula membibit2..moga adik2 ini semua menjadi matarantai untuk perjuangan Islam masa akan datang…

Ekpedisi dakwah, tarbiah buat hati
>>tawau, kunak, ld, Sandakan, ranau, kk, kb, km, matunggong, pitas, kudat<<

Setiap tahun, program wajib bagi Perppis selain KAMI, adalah XPDC Dakwah..program yang sangat di nantikan oleh setiap mantan-mantan Perppis..ini dalah hadian buat penggerak setelah memegang kepimpinan setahun, ada yang di panjangkan kepimpinannya mengikut kelayakn dan prestasi..alhamdulillah, aku di beri lg kepercayaan untuk berada d kerusi MT, selepas SM ramai juga sahabat yang sambung belajar, aku masih stay di sabah, amanah itu diberi kepadaku terima kasih senior atas kepecayaan itu…

Tugasan kami sebelum xpdc adalah mencari dana sumbanga daripada mana-mana pihak, syrikat jabatan dan perorangan…selepas program kami ada beberapa minggu lagi XPDC Dakwah dijalankan…yea terus bekerja! Bukan calang2 tu nak cari tiap sorang rm300 masa agak singkat, nak minta duit mak hihi jgn harap laa, nak harap duit tabung sndiri pn mmg xboleh harap, masa ni baru habis spm blm ada duit poket.. maka digagahi la setiap hari pergi cari sumbangan derma. Pengalam ni palng best meredah dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, jalan ke jalan, kampung ke kampung, pasar ke pasar…tak terkata letihnya fuhh..kulit cerah pn dah segan keluar ;P. Modus opersndi kami smua d bahagikan kumpulan dan setiap kumpulan ada kawasan yang perlu di takluk. Aku dengn Uni sahabatku mulakan gerakan mencari dana di kawasan Tg. Batu dan Taman Ria berjumpa dengan pelbagai ragam karenah orang, ada yang menyambut baik, ada yang tidak, ada yang sinis, ada yang menghalau itu biasa…kalau pikirkan malu mau sj aku balik dan tarik dari dari sertai, Alhamdulillah matlamat yang jelas buat jiwa rasa kuat... Yang paling tak boleh lupa bila smapai sebuah rumah ni, kami memberi salam, mula2 keluar seorang perempaun menyambut dihalaman rumah dengan senyman sinis dy mula beransur dan memnggil suaminya kami menunggu d halaman rmh tnpa d pelawa masuk dengan penuh harapan rmh agak besar klu dpt bnyak kan best jiwaku berbisik, .namun muncul sorang lelaki dengan wajah yang garang sambil meminta permit..huhu..muka cuak mula terpancar, kami hnya menjelaskan bhwa “kami persatuan pelajar yang perlukan sumbagan utk jelajah dakwah Sabah dan permit masih dalam proses” lelaki dengan muka bengis tu pun berlalu dari beranda rumah kami teragak2 tingglkan rumah tu, dan lelaki tu pn keluar sekali lg dgn sebuah senapang panjang (taktau la ori atau tdak).. dengan pantas kami beredar…singga di pondok meleaika jiwa yang berkecamuk…mg Allah berikan petunjuk buat mereka sekeluarga, hati berbisik…sedeh,lucu semua bercampur baur..

Alhamdulillah, 2 minggu berlalu dana mula membanyak ada beberapa lg baru dapat cukupkan jumlah penuh,,ada sahabat2 yang sdh melebihi, maka semua saling topup menopup yang lebih menyumbang yang masih kurang…

persiapan mental, fizikal, keperluan peribadi dan keperluan pogram kami mula siapkan..

Perjalanan ekspedisi dakwah saya sambung d hari lain..assalam







Cara Berdakwah Yang Berkesan



Firman Allah yang bermaksud “Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.- [al-Nahl :125] 

Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan.
Pertama,berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.

Kedua,serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.

Ketiga,berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.
Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan. 


Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan.
Pertama,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana.  Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan. 
 Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.
sekitar misi dakwah & perubatan pulau selakan semporna sabah. muslim care malaysia